Seni & Sukan 19 Aug, 2023

Video| Apa Rahsia Petua? Muafakat, sepakat! 4 penyanyi pelbagai kaum bergabung rai Hari Kemerdekaan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Apabila bermaustatin di sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum seperti di Malaysia, sudah tentu menjalinkan perpaduan menjadi fokus utama dalam memelihara keharmonian yang telah terjalin lama.

Sehubungan itu, bersesuaian pula dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, langkah Universal Music menampilkan sebuah lagu yang mencerminkan keindahan budaya dan perpaduan bangsa Malaysia berjudul ‘Rahsia Petua’ sesuatu yang perlu dipuji.

Lebih menarik apabila lagu tersebut menampilkan penyanyi daripada pelbagai bangsa meliputi Melayu, Cina, India, dan tidak terkecuali juga daripada etnik Sabah.



Muzik 'Rahsia Petua' direka khas bagi mengetengahkan ekspresi melodi dan budaya, di samping menceritakan perpaduan bangsa di Malaysia, dinyanyikan bersama oleh pasangan yang hangat di persada muzik Malaysia, Kmy Kmo dan Luca Sickta dan disertai penyanyi Cina, Nicole Lai;  rapper India, Psychomantra; dan rapper dari Sabah, Benzooloo, 30, atau nama sebenarnya, Bennye Francis.

Semangat perpaduan itu juga diserlahkan lagi melalui gambaran tempat-tempat menarik dalam usaha menarik pelancong menikmati keindahan Malaysia di mana penggambaran video muzik di sebalik ‘Rahsia Petua’ berlaku di beberapa tempat terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor seperti di Bangunan Sultan Abdul Samad, Batu Caves dan Thean Hou Temple

Manakala bagi Benzooloo, rakaman video penyanyi tunggal dari Sabah itu dijalankan di Kundasang dan Kota Belud

Lokasi tersebut mencerminkan keindahan suasana Gunung Kinabalu yang merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di Malaysia dan sekaligus menjadikan sinematografi visual dan tona warna lebih menarik serta menonjol.



Begitu juga rakaman lagu dijalankan di beberapa tempat berasingan iaitu di Studio Kota Kinabalu bagi Benzooloo, Studio Mass Music di Petaling Jaya untuk Nicole Lai dan Psychomantra, serta Studio LS and Beats di Shah Alam bagi Kmy Kmo  atau Lukmanul Hakim & Luca Sickta atau nama sebenarnya, Shameer Ashraf Shahruddin,

Berlainan dengan Kmy Kmo, Luca SIckta mahupun Benzooloo yang dah biasa menyampaikan lagu Melayu, Nicole Lai, 34, dan Psychomantra sebaliknya, 

Lagu ‘Rahsia Petua’ mencipta sejarah tersendiri bagi Nicole, 34, dan Psychomantra atau nama sebenarnya Krishna Kumar Lechmana, 42, apabila ini merupakan kali pertama mereka berpeluang menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu.

Psychomantra turut menghadapi cabaran ketika proses rakaman dijalankan, di mana bait-bait bahasa yang ingin disampaikan harus diulangi untuk kesempurnaan produksi lagu.


Atas: Kmy Kmo & Luca Sickta. Bawah dari kiri: Benzooloo, Nicole dan Psychomantra.


Namun demi semangat perpaduan yang telah ditonjolkan melalui lagu ‘Rahsia Petua’, baik Nicole mahu pun Psychomantra, cabaran yang dihadapi mereka bagi menghasilkan  sebuah lagu yang menakjubkan hasilan tonasi melodi serta lirik yang menarik dan  senang diingari oleh para pendengar, dapat diharungi sebaik mungkin.

Sementara itu, sebagai satu-satunya penyanyi wanita serta berbangsa Cina di dalam lagu ini, Nicole Lai, berharap agar kata kata di dalam lagu ini dapat disampaikan dan dihayati oleh para pendengar 'Rahsia Petua'.

Dan sebagai pencipta dan penulis lirik ‘Rahsia Petua’, Kmy Kmo berpendapat bahawa melodi nyanyian yang dibawa oleh Nicole Lai digubah dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti kesesuaian korus, vokal dan kesinambungan lirik ke penyanyi seterusnya.

Apa 'Rahsia Petua'nya? - KitaReporters


13
17
0
13
0
You will be interested