Seni & Sukan 29 Aug, 2022

Video| Air tumpah, kesian waitress! Takut khurafat! Petua dulu tuang air dalam pinggan lepas makan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


TINDAKAN seorang gadis berkongsi melalui video menuang air ke dalam pinggan selepas makan di sebuah restoran sebagai petua untuk murah rezeki menarik pelbagai pendapat orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial bernama @rasyiqahjasmi, kelihatan beliau teruja kerana mengamalkan kepercayaan turun-menurun oleh ibunya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan petua-petua


“Mak memberi pesanan selepas makan letak air dalam pinggan, insya-Allah rezeki tidak akan putus.

“Siapa buat seperti ini selepas makan?,” tulisnya dalam laman aplikasi TikTok.



Namun, rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tindakan gadis tersebut akan menyulitkan kerja pelayan restoran sekiranya air yang dituang ke dalam pinggan tumpah.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan kerana kepercayaan tersebut boleh dikatakan jatuh khurafat. - KitaReporters



“Bila ada di restoran atau jadi tetamu jangan buat perkara ini. Sekali tumpah menyusahkan pekerja dan tuan rumah. Lebih-lebih lagi kalau pakai baju cantik ketika majlis, jadi naya,” kata @Callme_Fiera.

“Bagi saya yang pernah kerja pelayan restoran agak menyusahkan sebab kadang-kadang nak cepat tetapi tidak sedar ada air dalam pinggan itu, boleh basah meja dan tukang angkat itu,” ujar @BAELA.

“Adakah ini ilmu khurafat,” soal @raymcgorioreo. - KitaReporters

13
20
0
10
0
You will be interested