Seni & Sukan 31 Aug, 2022

Bertuahnya! Suri rumah penerima cabutan utama! Menangi ATV! Malam sambutan Merdeka Parlimen Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Zairehan ketika menerima kenderaan ATV daripada Idris sempena Malam Ambang Merdeka Parlimen Besut


SEORANG suri rumah melakar sejarah hidup tersendiri ketika hadir menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan Ke-65 apabila dia diumumkan sebagai pengunjung bertuah selepas 10 minit laungan Merdeka sempena Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Parlimen Besut yang berlangsung di Tapak Perhentian Kereta Sewa Bandar Jertih pada detik tengah malam 31 Ogos 2022. 

Zairehan Kamarudin, 37, dari Kampung Bukit Kenak, Jertih, Terengganu kaku seketika apabila pengacara majlis Taufik Mohd Nor mengumumkan nama beliau sebagai penerima bertuah dalam sesi cabutan nama pemenang utama sempena program tersebut apabila menerima sebuah kenderaan serba rupa bumi (ATV).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cabutan-cabutan bertuah

Zairehan Kamarudin


Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh yang juga Pengerusi FELDA sunyi seketika ketika sesi pengumuman pemenang utama tersebut kerana masing-masing pengunjung berharap nama mereka muncul dalam program berprestij tersebut.

Namun, apabila nama Zairehan diumumkan ribuan pengunjung yang hadir meraikan sambutan tersebut sambil bertepuk tangan sebagai tanda ucapan tahniah di atas nasib bertuah suri rumah tersebut.


Idris bersama pemimpin daerah Besut yang hadir pada Malam Ambang Merdeka Parlimen Besut


Zairehan pula yang terkejut dengan pengumuman itu hampir tidak percaya mendapat hadiah sebuah kenderaan lasak bernilai RM4,000 yang disediakan pihak penganjur.

Idris diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah utama tersebut kepada Zairehan yang juga ibu kepada tiga anak.


Ribuan warga Besut yang hadir meraikan sambutan Ambang Merdeka Peringkat Parlimen Besut


Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad; ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman; Pegawai Penerangan Daerah Besut, Wan Arif Fadila Wan Yusof; dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut, Rozaini Rasli yang juga selaku Pengerusi Penganjur Program.


Zairehan bersama kenderaan ATV yang dimenangi sebagai penerima bertuah sempena Malam Ambang Merdeka Parlimen Besut


Sementara itu, Zairehan berkata, beliau pada awalnya tidak menyangka nama beliau dipilih sebagai pemenang utama dan menerima hadiah yang amat berharga itu. 

“Seumur hidup saya tidak pernah menerima hadiah istimewa seperti ini tetapi kali ini ia benar-benar bertuah dan mencatat sejarah ketika seluruh rakyat Malaysia menyambut ulang tahun Kemerdekaan Ke 65,” katanya.

Menurutnya, sebaik selesai program dan menerima kenderaan tersebut daripada penganjur, suaminya terus memandu pulang kenderaan itu ke kampung kira-kira lima kilometrer dari lokasi program. 

“Saya akan menjadikan kenderaan tersebut untuk kegunaan riadah ahli keluarga sambil mengelilingi kampung dan tanah sawah di kampungnya,”katanya. - KitaReporters


Kenderaan ATV kini milik Zairehan

 

15
15
3
10
1
You will be interested