Seni & Sukan 26 Aug, 2022

Video| Ini Keluarga Malaysia! Ibu mentua India masak makanan berpantang Cina untuk menantu Melayu!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this



PERKONGSIAN video seorang wanita yang dikenali sebagai Dr Siti Hajar Md Hanif menunjukkan ibu mentuanya yang berbangsa India membantu beliau ketika melalui tempoh berpantang selepas bersalin menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh beliau dalam media sosial bernama @hajarangelique, memaparkan ibu mentuanya itu membantu beliau menyediakan makanan Cina, membantu bayi beliau yang baru lahir mandi serta menguruskan anak-anak beliau yang lain ketika berpantang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berpantang selepas bersalin


"Masakan pantang bangsa Cina untuk wanita Melayu yang dimasak oleh wanita berbangsa India.

Inilah Keluarga Malaysia saya. Walaupun berbeza bangsa dan agama, alhamdulillah ibu mentua (MIL) sudi menjaga saya ketika berpantang buat kali kedua,” tulisnya dalam laman aplikasi TikTok.



Rata-rata pengguna media sosial memuji kebaikan ibu mentuanya serta beliau amat beruntung mendapat ibu mentua yang sangat prihatin meskipun berlainan agama dan bangsa.

“Indahnya hidup awak. Unik dan satu Malaysia,” kata @Zulkiflee.

“Alhamdulillah dapat ibu mertua yang baik pun satu rezeki dari Tuhan,” ujar @cLa@Lala.

“Hargai ibu mertuamu Puan. Satu dalam sepuluh tu. Rezeki Puan,” kongsi @princessaleeyajsl. - KitaReporters


15
13
0
14
0
You will be interested