Seni & Sukan 03 Jul, 2021

Video| Mannat: Banglow 6 tingkat, RM112.52j milik SRK, Gauri! 10 tahun hiasi kediaman impian!

@rodly fadly
Memulakan kerjaya kewartawanan bersama Mingguan Perdana dan Harian Nasional pada 1983. Pada 1984-1991 menyertai Kumpulan Karangkraf sebagai Pengarang Arena Bolasepak dan Mingguan Sukan sebelum ke Berita Harian (1991-1997). Pemenang Anugerah Penulis Sukan Terbaik Malaysia 1986. Kini penulis bebas.

Share this

Kredit foto: Twitter @ilyazzSrkian


Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan mengambil masa 10 tahun untuk menatahias banglo enam tingkat di Mumbai menjadi rumah impian mereka. Kini, bangalow yang diberi nama Mannat yang turut menjadi daya tarikan pelancong itu dipenuhi dengan barangan berharga yang dikumpul sejak bertahun-tahun lamanya.

Hiasan dalamannya kelihatan mewah dengan kemasan kayu berwarna hitam, kristal yang mahal dan dekorasi yang sangat menakjubkan. Rumah itu kini dianggarkan bernilai US$27 juta (RM112.52 juta)!

Vouge India melaporkan rumah yang terletak di Bandstand, Bandra West  itu pertama kali ‘menangkap mata’ Shah Rukh Khan pada 1997, ketika beliau membuat pengambaran filem ‘Yes Boss’ di kawasan berkenaan. Ia adalah salah sebuah rumah termahal di situ.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shah Rukh Khan

Shah Rukh dan Gauri. - Kredit foto: Instagram iamsrk/Shah Rukh Khan


Rumah itu kini menjadi destinasi tarikan pelancong dengan peminat juga sering berkumpul di depannya dengan harapan dapat melihat Shah Rukh walaupun hanya sepintas lalu sahaja." 


Pada 2001, Shah Rukh membeli rumah itu yang asalnya dikenali sebagai Villa Vienna. Banglow itu kini dilengkapi gimnasium, perpustakaan, gelanggang tinju, gelanggang tenis, kolam renang dan auditorium.

Semasa Shah Rukh dan Gauri berpindah ke kediaman itu, ia hanya sebuah rumah biasa. Gauri dengan bantuan arkitek, Kaif Faquih, mengambil masa satu dekad untuk mengubah suainya mengikut cita rasa mereka.

Rumah itu kini menjadi destinasi tarikan pelancong dengan peminat juga sering berkumpul di depannya dengan harapan dapat melihat kelibat Shah Rukh walaupun hanya sepintas lalu. Rumah itu mudah untuk dikenal pasti dengan tiang utamanya berwarna putih dan pintu pagar hitam.

Ia turut mempunyai anjung, yang mana menurut Gauri, menjadi tempat kesukaan Shah Rukh yang memberi privasi kepadanya, juga membolehkan bintang Bollywood itu membalas lambaian peminatnya yang sentiasa menunggu di bawah.


Shah Rukh melambai-lambai kepada peminatnya yang sentiasa menanti kemunculannya di anjung banglo itu. - Kredit video: Instagram iamsrk / Shah Rukh Khan.


Walaupun pemandangan luar banglo itu nampak biasa, namun Gauri memastikan hiasan dalamannya menawan serta kelihatan mewah. Lantai kayu berwarna hitam, karpet yang gebu dan lampu gantung (chandelier) kristal menepati konsep yanng diimpikannya.

Rumah itu dilengkapi tingkap dari lantai ke siling dengan gabungan lama dan baharu, dengan koleksi barangan seni moden termasuk patung ukiran artis terkenal India, Ravinder Reddy menghiasi ruang tamu.


Gauri mengambil masa 10 tahun untuk menatahias banglo yang dibeli Shah Rukh pada 2001. - Kredit foto: @gaurikhan/Instagram


Menurut Housing.com, Shah Rukh memiliki bilik bacaan yang besar di mana beliau menyimpan trofi, sijil dan barang-barang kenangannya. Superstar Bollywood itu sentiasa menghabiskan masanya di dalam bilik berkenaan yang juga dijadikan bilik mesyuarat.

Semasa temu bual bersama David Letterman dalam program My Next Guest Needs No Introduction with David Letterman,  ditunjukkan Shah Rukh sedang memasak di dapur.

Ruang yang luas itu mempunyai pemukaan meja kabinet dapur berwarna putih dan dilengkapkan dengan kayu berwarna hitam. Perkakas dapur tersusun di atas rak dengan Shah Rukh kelihatan sedang memotong sesuatu. – Kita Reporters



Shah Rukh bersama anaknya AbRam Khan di anjung Mannat. - Kredit foto: @gaurikhan / Instagram

17
5
0
0
0
You will be interested