Gaya Hidup 23 Apr, 2021

Berita Terkini| Laluan Subang - Glenmarie ditutup! Kebocoran gas! 25 hari untuk dibaik pulih!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

LALUAN yang ditutup selama 25 hari berikutan kebocoran gas asli .- Kredit foto: Kosmo! 


LALUAN dari Subang menghala ke Glenmarie ditutup bermula Jumaat, 23 April 2021 berikutan kejadian kebocoran gas asli di lokasi projek pembinaan projek laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Shah Alam pada Khamis, 22 April 2021.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan saluran paip berkenaan adalah saluran utama bagi membekal gas asli ke Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

“Penutupan itu hasil perbincangan bersama dan saranan pihak bomba atas faktor keselamatan pengguna jalan raya dan kawasan berhampiran.

“Lokasi penutupan itu merupakan penghubung laluan utama dari Subang menghala ke Glenmarie. Sekiranya penuh dijalankan akan menyebabkan kesesakan teruk ke arah Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam,” katanya dalam kenyataan media di Shah Alam, pada Jumaat 23 April 2021.

Baharudin menambah bagi mengelakkan kesesakan tersebut, laluan kontra akan dibuka bermula dari simpang tiga Temasya Kasih hingga ke bangunan Palm Grove dengan jarak laluan dua lokasi tersebut adalah kira-kira 350 meter.

Beliau berkata, tempoh masa penutupan jalan dan pembukaan laluan kontra itu dijangka selama 25 hari bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih selesai dilakukan.

“Sepanjang tempoh berkenaan, bantuan rondaan daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dari IPD Shah Alam dan pihak LRT akan dilakukan bagi menilai tahap kesesakan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memandu secara berhemah, patuhi isyarat lalu lintas dan berhati-hati semasa melalui laluan kontra tersebut,” ujarnya. – KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


TEMPOH masa penutupan jalan dan pembukaan laluan kontra itu dijangka selama 25 hari bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih selesai dilakukan.

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Lelaki dakwa cuma tidur 30 minit sehari! Sejak 12 tahun lalu! Nikmati kehidupan lebih baik

Tidur minimum bagi golongan dewasa ialah 7-8 jam bagi tujuan kesihatan. Namun seorang lelaki Jepun dakwa dia hanya tidur 30 minit sehari sejak 12 tahun lalu

Terima kasih abang bomba! Rumah terbakar, barangan kemas RM20k selamat! Serah kepada pemilik!

Barangan kemas bernilai RM20,000 ditemukan dalam keadaan sempurna di sebalik sisa-sisa kebakaran di sebuah rumah kediaman di Kampung Tembesu, Limbat, Kota Bahru
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Perisik Cinta Tak Diundang: Shiha 'dirisik' Andi? Tak kisah lelaki lebih muda! Bukan tabu!

Shiha Zikir dan Andi Bernadee dalam drama bersiri Perisik CInta Tak Diundang, yang diinspirasikan daripada novel karya Puteri Aqish, bakal ditayangkan di TV3
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Naga Emas 'jodoh' kita lagi! Indonesia kembali hantui! Piala AFF 2020 pemanas badan Piala Asia!

Vietnam, Indonesia kembali jadi rintangan pasukan negara di samping Kemboja, Laos dalam Kumpulan B Piala AFF 2020 (2021) diadakan pada 5 Dis 2021 - 1 Jan 2022
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Fieya Julia bangga lagunya jadi single terbaharu! Halusinasi terhasil masa layan sendu!

Rasa teruja, takut kuasai diri Fieya Julia apabila dapat tahu Aries Music ambil keputusan jadikan lagu ciptaan sepenuhnya Halusinasi sebagai single terbaharunya
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 1 day ago