Seni & Sukan 01 May, 2021

Berita Terkini| Bekalan mercun Aidilfitiri bernilai RM27K dirampas PGA! 2 serbuan di Pasir Mas!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

ANTARA mercun yang berjaya dirampas oleh PGA Batalion 7 dalam dua serbuan sekitar Rantau Panjang, Kelantan. - Kredit foto: Sinar Harian



PASUKAN Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai jenis mercun dipercayai untuk 'bekalan' Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM27,222 dalam dua serbuan berasingan pada Jumaat, 30 April 2021.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan pertama pada jam 5.57 petang di sebuah stesen minyak dekat Pasir Mas itu pihaknya berjaya merampas mercun bernilai RM8,622.

"PGA turut menahan seorang lelaki berusia 34 tahun untuk membantu siasatan berhubung rampasan mercun itu," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu, 1 Mei 2021.

PGA turut merampas sebuah kenderaan jenis Honda Stream yang digunakan untuk melakukan kegiatan tersebut.

“Semasa melakukan rondaan di sekitar Pasir Mas, pihaknya terserempak dengan kenderaan tersebut yang dipandu dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Azhari menambah, mercun bernilai RM8,622 berjaya dirampas dalam serbuan pertama di sebuah stesen minyak dekat Pasir Mas sejurus menahan kenderaan itu dan membuat pemeriksaan pihaknya telah menjumpai pelbagai jenis mercun.

Malah, pada hari sama PGA turut merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM18,600 di Kampung Lanchang di Pasir Mas.

"Rampasan jam 6.30 petang itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan yang berada di dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut," katanya.

Azhari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan siasatan awal mendapati kesemua mercun itu dibawa masuk menggunakan laluan tikus. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KESUKARAN mendapatkan mercun dan bunga api di sini berlaku ekoran Op Benteng yang dilaksanakan oleh kerajaan menyebabkan harga bahan itu meningkat sekali ganda. Kredit Foto Bernama

 

0
0
0
0
0
You will be interested