Gaya 26 Mar, 2020

SYABAS!! TERENGGANU AGIH BANTUAN MAKANAN

@mohammad ishak
Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 33 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membokar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain membokar perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

0

Share this
PENANTIAN rakyat Terengganu yang terjejas untuk mendapatkan bekalan makanan harian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak seminggu lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila janji kerajaan negeri untuk memberi bantuan sudah mula disalurkan kepada orang ramai. : KitaReporters

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (kiri) turun padang bagi mengagihkan sumbangan makanan kepada penduduk. - Kredit foto: FB Hj Khuz ( https://www.facebook.com/hjkhuz4kotaputera/)


Seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Khamis, 19 Mac 2020, Fasa 1 pengagihan bekalan asas makanan, yang diuruskan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebagai jentera akar umbi kerajaan, mula mengagihkan bekalan makanan kepada penduduk sejak Selasa, 24 Mac 2020.

Menerusi kaedah pengagihan itu, orang ramai tidak perlu risau kerana mereka hanya perlu tunggu di rumah masing-masing kerana kenderaan yang disediakan akan bergerak dari rumah ke rumah mengikut kawasan pentadbiran MPKK terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri sudah menghantar bekalan makanan berkenaan kepada semua 32 Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri ini.

Katanya, bekalan asas makanan itu bagi membantu golongan rakyat yang terjejas kerana tidak mendapatkan pekerjaan masing-masing selepas penguatkuasaan PKP oleh kerajaan.

Sukarelawan kampung bergotong royong menyiapkan pembungkusan makanan untuk diedarkan oleh MPKK.


Mohd Nurkhuzaini berkata, pengagihan bekalan mengikut DUN itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana ia membabitkan ramai penduduk yang memerlukan bantuan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, pada peringkat DUN terbabit, 37 MPKK sudah menunaikan tanggungjawab membuat penghantaran bantuan fasa 1 kepada penduduk yang terjejas dalam tempoh PKP akibat COVID-19 sejak 18 Mac 2020.

Aktiviti penghantaran dari rumah ke rumah dilakukan oleh Pengerusi dan Jawatankuasa MPKK di kampung terbabit bagi mengelak orang ramai keluar rumah,” kata Mohd Nurkhuzaini yang turut serta mengagihkan bantuan berkenaan.

Beliau berkata, selain bekalan makanan dan minuman, pihaknya mengambil inisiatif membekalkan lima tan tembikai yang turut diagihkan kepada orang ramai sebagai pembasuh mulut kerana keadaan cuaca panas sekarang.

Lori mambawa lima tan tembikai untuk diagihkan kepada penduduk kampung sekitar DUN Kota Putera


“Tahniah dan terima kasih kepada semua Pengerusi MPKK yang mengambil tindakan segera pada saat semua rakyat menantikan bantuan,” katanya menerusi Facebook miliknya (https://www.facebook.com/hjkhuz4kotaputera/). 

Katanya, tembikai hasil tanaman petani sekitar Besut akan diagihkan secara berkala mulai Selasa, 24 Mac 2020  dan diharapkan dengan sumbangan ini akan meredakan kegelisahan rakyat yang terjejas akibat PKP yang membataskan orang ramai untuk keluar rumah.

Sebahagian bahan makanan yang siap dibungkus untuk diedarkan kepada penduduk yang terjejas


“Ketika dalam tempoh berada di rumah diharapkan semua rakyat dapat bertenang dalam tempoh yang genting ini,” kata Mohd Nurkhuzaini.

"Teruskan duduk di rumah (Just stay at home) dan jangan keluar tanpa keperluan. 

"Doakan semoga semuanya kembali pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat. Insya-Allah, sama-sama kita ambil peranan saling bantu-membantu masyarakat setempat," tambah beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas "frontliners" (barisan hadapan) yang membanting tulang dalam persiapan penghantaran bantuan makanan kepada penduduk kampung. 

"Semoga usaha murni kita mendapat keberkatan disisi Allah," tegasnya. - KitaReporters

Mohd Nurkhuzaini menunjukkan bekalan minuman yang akan diedarkan kepada orang ramai di DUN Kota Putera. - Kredit Foto:  Facebook @Hj Khuz (https://www.facebook.com/hjkhuz4kotaputera/)

You will be interested

TIADA BAZAR RAMADAN DI TERENGGANU TAHUN INI

Kerajaan negeri membuat keputusan bahawa tiada penganjuran bazar Ramadan pada tahun 2020 ini, bagi menjamin kesihatan rakyat susulan penularan pandemik Covid-19

Noor Hayati Mamat in Gaya 1 day ago

BIJAK!? CURI LORI ROTI UNTUK BALIK KAMPUNG?

Menurut netizen, kemungkinan si pencuri ini bukan mahu mencuri stok roti Gardenia tetapi mahu menggunakan lori tersebut untuk pulang ke kampung dengan mudah
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya 8 hours ago

ALAHAI!! INGKAR PKP, LEPAK MINUM KETUM PULA!

PLima lelaki yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan ditahan polis di sebuah pondok di Jalan Ulu Dedap, Kampung Gajah bersama 17 botol air berisi daun ketum
Asliza Musa in Gaya 11 hours ago

[VIDEO] MAHASISWA UUM UCAP TERIMA KASIH PM!

MAHASISWA UUM) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengumumkan bantuan segera secara one-off sebanyak RM200 kepada semua pelajar IPT
Samsudin Oli Mohamed in Gaya 14 hours ago

KAN DAH KENA!! 38 DIDAKWA INGKAR IKUT PERINTAH

SERAMAI 38 individu termasuk lima wanita didakwa di tiga mahkamah berasingan di Terengganu atas tuduhan mengikari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Mohammad Ishak in Gaya 18 hours ago