Gaya Hidup 18 May, 2021

Berita Terkini| Langgar SOP lagi! Neelofa disiasat lagi! Keluarga berkumpul sambut Aidilfitri!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


POLIS menjalankan satu lagi siasatan terhadap selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan keluarganya berhubung dakwaan melanggar SOP apabila berkumpul ketika Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar berkata, pihaknya menerima satu laporan pada Isnin, 17 Mei 2021 susulan video memaparkan selebriti itu bersama keluarganya yang berkumpul tular dalam media sosial.

“Siasatan awal mendapati video tular berdurasi selama 27 saat itu dimuat naik melalui akaun Instagram kakak selebriti berkenaan sebelum dikongsi warganet dalam laman sosial Twitter,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian, Selasa 18 Mei 2021.

Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi 1 Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu video berkenaan telah dipadam Noor Nabila dalam Instagramnya.

Anuar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 dan polis menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular terbabit selain mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan SOP am perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 di Wilayah Persekutuan berkuat kuasa 7 hingga 20 Mei 2021 dengan menetapkan bahawa rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan kerajaan negeri) tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran polis.

“Pergerakan dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagaimanapun dibenarkan dan dikira sebagai satu kawasan jangkitan,” katanya.

Sebelum ini, selebriti itu pernah mencetuskan dua kontroversi berkait pelanggaran SOP merentas negeri iaitu ke Pulau Langkawi di Kedah dan ke Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
1
1
0
1
You will be interested

Video| TV AlHijrah tidak mahu ketinggalan! Tampilkan program menarik sempena Maulidur Rasul!

TV AlHijrah lakar sejarah tersendiri apabila pertama kalinya gabung pendakwah bersama penghibur dalam jayakan program ke arah keagamaan, Muhammad Kekasih Agung

Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Video| Urban Method kembali setelah 'koma' 15 tahun! Lahirkan 'Domo Arigato' tanda terima kasih!

Kelahiran semula kumpulan hip hop, Urban Method diibaratkan seperti terjaga daripada koma 15 tahun dan dengan peluang kedua diberikan itu lahirnya Domo Arigato
Fariza Saidin in Gaya Hidup 20 hours ago

Terima kasih JPKD Kemelah, PKP Segamat! Penghantar makanan sekitar Segamat dapat minyak percuma!

Lebih 100 penghantar makanan di sekitar Segamat mendapat minyak motorsikal percuma melalui penganjuran Program Isi Minyak Motor Percuma anjuran JPKD Kemelah
Mohamed Sa'ari in Gaya Hidup 23 hours ago

Demi koleksi parang ‘Tok Guru’! Usahawan perabut kayu sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit!

Azah@Azahari Abdul Jamal belanja puluhan ribu ringgit demi dapatkan ratusan bilah parang dihasilkan tukang parang gurunya Ali Jamuk atau Pak Ali sebagai koleksi
Mohamed Sa'ari in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Sheessh! Apa maksud perkataan viral ini? Forceparkbois jadikan judul lagu Sheessh Flow!

Perkataan sheessh yang viral dalam media sosial jadi ilham kepada kumpulan hip hop dikenali Forceparkbois (FPB) untuk hasilkan single terbaharu Sheessh Flow
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago