Gaya Hidup 11 May, 2021

Berita Terkini| Pemandu lori didakwa bakar dan bunuh tukang masak! Berdepan hukum gantung!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Badrul Hisham Mat Jusoh dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas didakwa membunuh Che Janiah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, 11 Mei 2021.


SEORANG pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Selasa, 11 Mei 2021 atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar pada April 2021 lalu.

Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, yang memakai baju-T berwarna hitam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd. Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, Badrul Hisham dari Bukit Payong, Marang didakwa membunuh Che Janiah Jaafar, 55,  seorang tukang masak antara jam 9.30 malam pada 16 April 2021 hingga 7.15 pagi, 17 April 2021 di Jalan Kelantan, Kampung Padang Air, Terengganu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Jun 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabihah Hanim Ayyim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media pada 18 April 2021 lalu melaporkan seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti yang terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus.

Kejadian disedari lelaki terbabit ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran.

Identiti mayat tersebut kemudian dikenal pasti milik Che Janiah yang telah dilaporkan hilang oleh ahli keluarga sebelum ini.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diumumkan pada Jumaat, 7 Mei 2021 mengesahkan identiti mangsa sebagai Che Janiah yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Durian Guling, Marang pada 16 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

MAYAT hangus yang ditemukan pada 18 April lalu di kawasan belukar oleh tukang sapu yang sedang melakukan kerja pembersihan di Kampung Padang Air Tepoh, Terengganu. - Kredit foto: Kosmo

You will be interested

Berita Terkini| Busuk disangka bangkai binatang! Rupanya mayat warga emas! Berbau dan berulat!

Mayat lelaki warga emas berusia 67 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 6 petang Ahad dalam keadaan terbaring dan tidak berpakaian lengkap.

News Editor 1 in Gaya Hidup 13 hours ago

Filem pengarah Malaysia, Chiu Keng Guan cipta sejarah di China! RM8.7j hari pertama tayangan!

Filem Chiu Keng Guan, On Your Mark raih kutipan pecah panggung RM8.7 juta (RMB13.65 juta) hanya pada hari pertama tayangannya di lebih 9,000 buah pawagam China
Fariza Saidin in Gaya Hidup 3 hours ago

Berita Terkini| 2 tahun menyulam cinta secara maya! Ibu tunggal ditipu RM1juta: Sindiket Love Scam!

Shafee berkata, kerana mempercayai pujuk rayu dan janji manis, mangsa telah melakukan 50 transaksi sejak 9 April 2019 hingga Februari lalu
News Editor 1 in Gaya Hidup 8 hours ago

Berita Terkini| Gara-gara gian nak main snuker! 10 lelaki dikompaun RM23k! Langgar SOP PKP 3.0

Dalam serbuan itu, turut dirampas dua set bola snuker, empat batang kayu snuker, empat biji 'choke' dan wang tunai berjumlah RM275, sebagai bahan bukti.
News Editor 1 in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Nasib malang Lee Ji-ah! Cari kebahagiaan sebagai Su-ryeon! Juga luar drama The Penthouse!

Kehidupan Lee Ji-ah di luar layar, luar drama The Penthouse tak banyak bezanya. Pernah lalui episod duka dalam hidupnya sehingga gegarkan industri hiburan Korea
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Gaya Hidup 10 hours ago