Seni & Sukan 18 Feb, 2022

Video| Kereta untuk dijual! Letak botol iklan! Bila suami geram dengan jiran! Parking depan rumah!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


PEREBUTAN tapak parking (parkir) adalah sangat normal bagi mereka yang tinggal di taman perumahan yang ruang parking sangat padat. Namun anda tidaklah boleh meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang kerana ini melanggar privasi parking tuan rumah.

Tular dalam TikTok, seorang pemuda yang memberi pengajaran kepada jirannya yang suka parking depan rumahnya dengan sesuka hatinya

Video TikTok ini tular kerana meluahkan rasa geram dengan sikap jirannya yang dipercayai meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan meletak kereta


POV: Bila suami hang buat gila, geram dengan perangai jiran yang suka parking depan rumah orang sesuka hati."

Apa yang dilakukan oleh suaminya untuk memberi pengajaran kepada jirannya yang degil ini dengan meletakkan botol dan tertera tulisan untuk dijual dengan harga RM800. Apa yang paling menakjubkan, beliau juga memberi hadiah istimewa iaitu pam racun percuma.

Untuk dijual RM800 percuma pam racun.



Apa yang dilakukan suaminya sangat membuahkan hasil apabila jirannya tidak lagi meletakkan keretanya di hadapan rumahnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh suami wanita ini bagi memberi pengajaran kepada jirannya itu.

Ini adalah antara respons netizen tentang tindakan suami wanita ini. - KitaReporters


11
12
0
16
0
You will be interested