Seni & Sukan 24 Aug, 2020

Sambut kemerdekaan! Kayuhan Merdeka Terokai Marang! Hebak!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SERUAN kepada rakyat negeri Terengganu untuk menyemarakkan sambutan bulan Kemerdekaan ke-63 semakin mendapat perhatian apabila pelbagai pihak tampil mengadakan program-program bagi menggalakkan orang ramai menghayati erti kemerdekaan negara itu. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=Terengganu


Walaupun kemuncak sambutan akan berlangsung pada 31 Ogos 2020 nanti ketika keadaan rakyat masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun semangat kemerdekaan tetap melekat pada sanubari rakyat yang cinta kemerdekaan

Program Kayuhan Merdeka Terokai Marang anjuran Pejabat Daerah Marang, Terengganu yang diadakan pada 22 Ogos 2020 lalu adalah salah satu cara pihak penganjur untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat, selain ia satu kegiatan berbentuk riadah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman (tengah) bersama peserta kayuhan merdeka


Peserta program bukan sahaja disertai penduduk tempatan malah turut disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan yang sanggup berpeluh tubuh untuk menamatkan kayuhan dalam keadaan cuaca panas terik. 

Walaupun berkayuh dalam keadaan cuaca panas, namun  peserta merasa seronok kerana dapat melihat keindahan kampung-kampung tradisional termasuk rumah-rumah nelayan ketika menyusuri laluan Sungai Marang, yang menjadi daya tarikan pelancong.

Para peserta kayuhan melalui jalan perkampungan


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman ketika merasmikan program itu berkata, aktiviti yang menjadi kesinambungan daripada program sebelum juga turut bertujuan untuk memperkenalkan keunikan produk dan lokasi menarik di daerah tersebut.

Katanya, inisiatif terbaik bagi menyemarakkan lagi suasana bulan kemerdekaan di daerah Marang dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang kayuhan yang bermula dari Dataran Marang sehingga ke Dataran Batu Putih dan berakhir di Kampung Jenang.

Turut hadir sama dalam program itu, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Fathil Abd Ghani.

Peserta dapat melihat sendiri dan menikmati keindahan Sungai Marang


Menurutnya, ia adalah kesempatan terbaik apabila imej atau budaya tersebut dapat ditonjolkan dalam program kayuhan merdeka ini ketika Terengganu dikunjungi ramai tetamu.

Katanya, program Jejak Budaya Marang 2020 telah tercetus bagi menggantikan Pekan Budaya yang menjadi program tahunan di seluruh Terengganu berikutan pelaksanaan PKPP.

Peserta berehat di Dataran Batu Putih yang dihiasi Jalur Gemilang


Beliau berkata, situasi PKPP yang masih dikuatkuasakan menyebabkan orang ramai tertumpu kepada pelancongan domestik seperti di Pulau Kapas yang menerima kunjungan hampir 5,000 pelancong setiap minggu.

“Program Jejak Budaya itu diadakan selama sebulan bagi menarik pelancong ke daerah Marang khususnya yang bercuti di Pulau Kapas dan pengunjung luar untuk mengisi cuti mereka dengan pelbagai program menarik yang disediakan sepanjang berada di Terengganu.

Tiga peserta kayuhan  mengabadikan foto kenangan di pinggir Sungai Marang


"Sebanyak 13 program dan aktiviti menarik telah dijadualkan bagi program ini antaranya aktiviti kesenian, kebudayaan dan keunikan pelancongan di Marang seperti Night Fishing di Merchang dan Jenang; sehari di Dataran Batu Putih; persembahan dikir barat, rodat dan busking; demonstrasi kraf tangan; sukan rakyat serta banyak lagi program menarik", katanya. - KitaReporters

3
1
0
0
0
You will be interested