Seni & Sukan 29 May, 2020

Kenali BBNU rapper baharu!! Bakal pelapis rap di Malaysia??

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

BILA sebut lagu melodi rap di Malaysia ini, automatik kita akan ingat beberapa nama besar dalam industri rap ini.

Antara artis rapper yang terbaik di Malaysia adalah Malique, Joe Fizzow, Atlimet, Sonaone dan ramai lagi. Mereka ini boleh dikatakan antara generasi otai dalam dunia rapper. : KitaReporters


Bakat baru tidak kurang hebatnya apabila lagu bermelodikan rap makin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Maka lahirlah pelapis seperti MK K-Clique, Ben Ladin dan beberapa Budak Baru Nak Up (BBNU) dalam industri rapper.

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat seorang lagi BBNU yang dikatakan oleh netizen bahawa beliau akan jadi rapper terbaik di Malaysia, sekali gus tapau semua penyanyi rap di Malaysia!!

Tak percaya? 

Ok mari kita lihat satu video yang dikongsi oleh pengguna Facebook (FB), Amal Ma'arofe mengenai seorang budak lelaki yang begitu yakin untuk menjadi rapper

"Wow, hebatnya kamu, yakinnya kamu, so you wanna play? Let's go." 

Mungkin lirik lagu Polis Entry nyanyian Elizabeth Tan sesuai diberikan kepada adik ini. 

Kredit video: FB Amal Ma'arofe


Sudah tonton? Apa komen kalian? 

Mesti anda tengah tahan gelak atau tengah tahan daripada letupnya amarah itu ?

Dengan keyakinan tinggi serta gaya tangan seperti rapper, membuat netizen terhibur. 

Fuhh macam ini punya gaya rapper dia, tak tahu pergi dia macam mana. Takut-takut pergi tak kembali dah!!!!

Tertanya-tanya juga sama ada dia sedang rapper atau sedang berjampi dalam nyanyian. 

Tapi apa pun pujian harus diberikan kerana keyakinan itu ada. Bukan senang nak rapp macam itu!!!! 

Selepas menonton video ini, netizen pula tidak lepaskan peluang untuk memberi komen dalam pelbagai 'versi'.





Menariknya, video yang dikongsi oleh Amar ini telah ditonton lebih 530,000 kali dan dikongsi lebih 8,300 kali serta mendapat lebih 8,400 komen. - KitaReporters

0
1
0
1
2
You will be interested