SETIAP kali menjelang raya berkumandanglah lagu-lagu bertemakan hari raya dalam media-media penyiaran sama ada radio, tv dan media sosial. Selain itu, tidak kurang meriahnya lagu-lagu tersebut diputarkan oleh deejay di pusat-pusat membeli belah sebagai salah satu cara menarik orang ramai berkunjung serta membeli belah. : KitaReporters
Antara watak yang terdapat dalam video lagu Selamat Hari Raya yang pertama dirakam di negara kita pada tahun 1936 - Kredit foto: Google.Com
Pelbagai genre dan irama lagu-lagu hari raya dicipta oleh para karyawan di negara ini, Singapura, Brunei dan Indonesia dalam konteks menarik orang ramai menyukainya.
Malahan kehebatan lagu-lagu berkenaan yang dianggap ' berhantu " adalah hasil penulisan lirik dan iramanya memukau menjadikannya malar segar sepanjang zaman, sekalipun usianya menjangkau puluhan tahun.
Jika dibandingkan antara lagu-lagu hari raya keluaran masa kini dan era sebelumnya banyak perbezaan sekalipun ada pengubahsuaian mengikut selera pendengar semasa.
Bagaimanapun lagu-lagu jenis ini sekalipun ada yang menjangkau tempoh agak lama tetapi tetap segar dan menjadi kesukaan ramai bila ia diputarkan setiap kali menjelang hari raya tidak kira Aidilfitri maupun Aidiladha.
Antaranya termasuklah Dendang Perantau (nyanyian P. Ramlee), Seloka Hari Raya Hail Amir dan Uji Rashid), Menjelang Hari Raya (D.J. Dave ), Selamat Hari Raya (Ahmad Jais), Musafir Di Aidilfitri (S. Jibeng), Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat), Salam Aidilfitri (Jamal Abdilah), Suasana Hari Raya (Sharifah Aini), Balik Kampung (Sudirman Haji Arshad), Riang Ria Di Hari Raya (Junainah M. Amin), Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang), Pulang Di Hari Raya (Noor Kumalasari), Aidilfitri (Sanisah Huri), Cahaya Di Aidilfitri (Black Dog Bone) dan lain-lain.
Album Raikan Lebaran antara koleksi lagu-lagu hari raya keluaran Syarikat Suria Records - Kredit foto Google.Com
Antara album lagu-lagu Hari Raya yang masih segar dan diminati ramai hingga sekarang - Kredit foto Google.Com
Kalangan karyawan yang menjadi penulis lirik dan kompuser lagu-lagu Hari Raya tanah air termasuklah S. Atan, Zubir Said, Kassim Masdor, Yusnor E.F., Ahmad Nawab, Akhbar Nawab, Jamil Sulong, JIns Shamsuddin, Ismail H.S., Haron Abdul Majid, Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, A. Husaini Ajmain, S.A min Sahab, Ahmad Jaafar, Mahzan Manan dan ramai lagi.
Bagi masyarakat di negara ini, mereka mula menikmati dendangan lagu-lagu hari raya sekitar awal tahun 30-an.
Kebanyakkan lagu yang dihasilkan masih mempunyai unsur daripada pengaruh budaya luar khususnya Arab dan India sekalipun penyanyi yang menyampaikannya orang Melayu tempatan.
Mungkin ramai antara kita tidak tahu sejak bila lagu raya mula diterbitkan dan dirakam di negara kita?
Menurut sebuah video yang disebarluaskan kepada umum melalui media Youtube, lagu Hari Raya yang pertama dirakam di negara ini (waktu itu Tanah Melayu) pada tahun 1936 dengan tajuknya Selamat Hari Raya dinyanyikan oleh Miss Aminah manakala pencipta liriknya Tengku Alibasha dan Che Ara Bangsawan.
Melalui lagu tersebut penulis liriknya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada ibu bapa, kaum keluarga dan sahabat handai sama ada yang muda mahupun tua.
Paparan hadapan video lagu Selamat Hari Raya yang pertama diterbitkan di negara ini. - Kredit foto: Google.Com.
Hari Raya bermulanya Syawal yang mulia dan Aidilfitri merupakan pengakhiran puasa sepanjang bulan Ramadan.
Pada hari berkenaan (Aidilfitri) akan terbukanya pintu untuk dimakbulkan doa dan yang utama untuk kita memohon ampun maaf segala kesilapan serta kesalahan selama ini kerana banyaknya umpatan dilemparkan.
Antara lain tujuannya supaya kita selamat daripada azab kubur yang mendesak di akhirat nanti.
Pada akhirnya penulis melalui lirik lagu berdoa kepada Allah S.W.T. supaya semua Muslimin dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki semoga hari raya tahun depan boleh berjumpa lagi.
Beberapa natizen dalam media sosial menyatakan lagu tersebut agak "rare" dan pernah diceritakan oleh nenek dan datuk mereka .
Tidak kurang juga yang menyifatkan lagu itu macam lagu seram kerana muziknya tidak seperti sekarang.
Inilah video lagu Selamat Hari Raya pertama dirakam di negara kita (waktu itu Tanah Melayu). - Kredit foto Google.Com
Berikut lirik lagu Selamat Hari Raya yang pertama dirakam di negara ini :
Selamat Hari Raya saya ucapkan
Kepada ibu bapa saudara sekalian
Taulan kerabat hai handai taulan
Tua lah dan muda laki-laki perempuan
Permulaan Syawal hai hari yang mulia
Aidilfitri penutup bulan puasa
Pintu terbuka untuk mengkabulkan doa
Paling utama bagi sesama manusia
Umpat budi yang sudah terhanyak
Ampun dan maaf sekarang diminta
Supaya lah azab kubur janganlah mendesak
Selamatlah kita diakhirat kelak
Wahai muslimin segala " hai wani " 2 X
Mendoalah kita kepada Rabul Illahi 2 X
Dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
Tahun lah di muka boleh berjumpa lah lagi.
Lagu Nyanyian Miss Aminah.
Liriknya oleh Tengku Ali Basha @ Che Ara Bangsawan.
Diterbitkan pada tahun 1936 - KitaReporters