Seni & Sukan 29 Jul, 2020

Sertai Havaianas! Nelydia harap anak, Fatin tak cari suami!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

JENAMA 'flip flop' nombor 1 di Brazil, Havaianas memperkenalkan dua pelakon terkenal Malaysia, Nelydia Senrose, 26, dan Fatin Afeefa, 26, sebagai sebahagian daripada skuad Havaianas antarabangsa bersama artis Indonesia, Luna Maya. - KitaReporters

Nellydia Senrose (kanan) dan Fatin Afeefa dipilih sertai Squad Havaiinas. Gambar Kredit FB Havaiinas.


Lagi cerita-cerita mengenai pelakon:

https://kitareporters.com/search?search=pelakon


Majlis memperkenalkan Nelydia Senrose dan Fatin Afeefa berlangsung sempena pembukaan premis utama Havaianas, terletak di aras 5, Pavilion Kuala Lumpur pada petang semalam Selasa, 28 Julai 2020, yang disempurnakan bersama oleh Duta Besar Brazil ke Malaysia, Carlos Martins Ceglia.

Nelydia dan Fatin bersama Carlos Martins Ceglia di kedai utama Havaianas yang dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.


Baik Nelydia mahu pun Fatin menganggap tawaran selama setahun bersama Havaianas sesuatu yang tidak diduga sama sekali bahkan rasa teruja dapat bersama squad Havaianas dari Asia Tenggara seperti Cecilia Song Yanfei dari China, Jaringporn Joss Way-er (Thailand); dan Luna Maya, Jessica Mila Agensia serta Verrell Bramasta Fadilla dari Indonesia.

"Siapa tidak teruja kan dapat pergi Brazil, sebuah negara yang orang anggap bahaya tetapi sebenarnya selamat untuk dilawati, malah berpeluang pula bekerjasama dengan selebriti serantau untuk mendorong gaya hidup 'Lets Weekend'," cerita Nellydia ketika ditemui.

Menurut beliau, tujuan utama Havaianas membawa squad ke Brazil adalah untuk menunjukkan bahawa anda boleh memiliki gaya dan kekelesaan tidak kira siapa atau apa yang anda pakai waima selebriti sekali pun.

"Bayangkan sebahagian besar penduduk di Brazil memakai Havaianas setiap hari malah pergi kerja sekali pun sebab jenama itu sudah sebati dengan kehidupan harian  mereka," tambah pemilik nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini. 


Bersetuju dengan pendapat Nelydia, Fatin turut melahirkan rasa terharu dengan tawaran yang diterima sebagai Squad Havaianas.

"Inilah kasut/selipar yang menjadi kegemaran anal-anak saya dan tidak sangka pula saya terpilih oleh Hawaianas. Memang terkejut sangat," ujar pemilik nama sebenar, Fatin Nur Afifah Shamsudin ini.


Sepanjang berada di Brazil selama seminggu  sebelum dilanda wabak COVID-19, Nelydia dan Fatin bersama Squad Havaianas lainnya dibawa mengembara ke kota Sao Paolo untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah Havaianas, sebelum dibawa ke Rio De Janiero bagi menikmati pemandangan ikoniknya serta makan malam dan bersamba.


Sesungguhnya, gaya serta perwatakan Nelydia Senrose dan Fatin yang lembut menjadikan mereka  terpilih sebagai duta untuk kolaborasi bersama Swarovski dalam memperkenalkan koleksi flip flop baharu bertatahkan kristal.

"Sebenarnya, tujuan kami adalah untuk memperkenalkan pelanggan kepada konsep baharu dalam 'flip flop' sebagai aksesori fesyen yang terbaharu sambil membina aspirasi dan emosi yang hebat.

"Saya bersama Fatin akan bersama memperkenalkan gaya fesyen flip flop terbaharu ini kerana ia sangat selesa dipakai seharian," tambah Nellydia yang bersama Fatin memakai Havaianas yang bernilai kira-kira RM1,000.

"Kasut yang kami pakai ni tidak dijual di Malaysia, kami memperolehnya di Brazil," sambung Fatin.


Menyentuh perihal wabak COVID-19, kedua-dua artis popular ini bersyukur kerana selamat pulang ke tanah air ketika wabak koronovirus itu masih pada peringkat awal.

"Kami sempat tiba ke Malaysia beberapa hari sebelum PKP dikuatkuasakan," ujar Nellydia sambil dipersetujui Fatin yang merelakan dirinya mengambil ujian COVID-19 sebanyak tiga kali sebelum bertemu anak dan keluarganya.

"Saya perlu pastikan tidak dijangkiti dan negatif jadi hampir sebulan juga tidak bertemu anak-anak," tambahnya.

Sama seperti Nellydia yang rela kuarantinkan dirinya selama 14 hari dan mengambil ujian COVID-19, katanya, 

"Saya tidak mahu jadi penyebab kepada jangkitan virus ini kepada orang lain. Memang takut sangat sebab itu saya rela kuarantinkan diri lama."


Dalam perkembangan lain, Nellydia yang telah mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu memberitahu belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

"Insya-Allah, doakan sahaja ya," pintanya.

Jika isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 36, ini tidak sabar menimang cahaya mata setelah berkahwin selama lebih setahun, Fatin pula yang sudah lama bergelar ibu tunggal dan tidak mengharapkan seorang suami di sampingnya.

"Saya lebih selesa begini dan setakat ini, belum terlintas untuk berkahwin dan mencari pasangan hidup kerana yang paling utama adalah membesarkan anak-anak," tegasnya sambil menolak komen-komen berbaur negatif yang sering dilemparkan terhadapnya.

Fatin bersama dua orang anaknya, Ivy Herra Sophia dan Adam Aisy Arrian.


"Saya tidak suka komen negatif jadi sebaiknya saya 'block' sahaja mereka," ujar Fatin yang sering dilemparkan sebagai wanita yang materialistik.

"Saya boleh mencari wang saya sendiri, jadi tidak timbul saya mencari orang yang berduit dan saya bukan jenis suka mencari publisiti tetapi lebih suka 'low profile' dan melakukan apa yang saya rasa selesa," komen Fatin. 

Bekas isteri pelakon Adam Shaz ini mempunyai sepasang cahaya mata berusia antara enam dan empat tahun hasil daripada dua perkahwinannya terdahulu. - KitaReporters


1
2
0
0
1
You will be interested