Seni & Sukan 19 Jul, 2020

Nikah tahun depan! Ernie Zakri pilih Syamel sebagai suami!!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
HUBUNGAN akrab yang terjalin sejak tahun lalu apabila Ernie Zakri dan Syamel berduet dalam lagu ‘Aku Cinta’ terjawab apabila kedua-dua bakal melangkah ke ikatan satu hati pada tahun hadapan. Pengesahan ini dibuat oleh Ernie dalam media massa dan mengatakan Syamil memiliki ciri-ciri lelaki pilihannya, walaupun Syamil lebih muda dua tahun daripadanya. : KitaReporters

Keakrapan  Ernie dan Syamel pada hari ulang tahun ke-28 pada 26 Jun 2020. - Kredit foto: IG syamel _official


Ernie kini berusia 28 tahun sementara Syamel berusia 26 tahun.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri  dan Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly sebelum ini pernah menafikan spekulasi yang mendakwa mereka sedang hangat bercinta, malah menyatakan keakraban mereka hanyalah sekadar rakan baik.

Ernie meminta orang ramai supaya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan dia dapat mengakhiri zaman bujangnya dengan lancar.

Katanya, dalam kalangan adik beradiknya, tinggal dia yang belum berkahwin. Jadi dia perlu mencari suami yang boleh menjalin hubungan baik dengan keluarga terutama ayahnya Zakri Ahmad dan ibunya Rafiaah Mohamed.

Setelah berkawan dengan sejumlah lelaki, Ernie mendapati Syamel mempunyai ciri-ciri lelaki pilihannya. Syamel menghormati ibu bapanya.

Lagu 'Aku Cinta;' merapatkan hubungan Ernie dan Syamel.


Dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3 ke-32 pada Januari 2020 lalu, lagu ‘Aku Cinta’ ciptaan Syamel dan dinyanyikan oleh Ernie merangkul trofi Vokal Terbaik.

Sementara itu, bagi meraikan hari jadi Ernie ke-28 pada 23 Jun 2020 lalu, Syamel mengadakan satu majlis istimewa buat Ernie.

Cara mengadakan majlis itu membuat orang ramai membuat andaian bawa kedua-duanya mempunyai hubungan istimewa.

Dan setelah tiga minggu Ernie mengumumkan bahawa Syamel adalah lelaki pilihannya.

Beberapa bulan lalu, Ernie mengambil keputusan memakai hijab.

Setakat ini, kedua-duanya tidak menyatakan bila majlis pertunangan akan diadakan. 

Setelah menjadi suami isteri, kedua-duanya akan lebih mudah terlibat dalam bidang seni secara bersama kerana mereka mempunyai kebolehan menyanyi dan mencipta lagu. - KitaReporters

17
4
0
1
0
You will be interested