Seni & Sukan 22 Jul, 2020

Shahiezy Sam tak kisah boroi! Mudah baginya kuruskan badan!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

SEWAKTU menghadiri majlis pelancaran produk WhollyFitz dan WhollyFlush pada 17 Julai 2020 lalu, terkejut tengok susuk badan pelakon Shahiezy Sam, 38, yang boroi itu. Maklumlah pergi majlis produk yang diasaskan oleh Razee Azree itu bertujuan untuk membantu pengguna-pengguna yang menghadapi masalah berat badan, tapi kenapa ‘duta’ tak sepadan dengan tagline. : KitaReporters

Shahiezy Sam dan Zizan Razak bergandingan mengacara majlis WhollyFitz bagi merai para stokis.


Opps! Shahiezy Sam atau selesa membahasakan diri sebagai Sam, bukanlah duta atau jurucakap produk tersebut. 

Kehadiran Sam dan Zizan Razak adalah sebagai pengacara majlis merai stokis produk tersebut.

Awal-awal lagi Sam beritahu, dia bukan duta atau jurucakap tapi sebagai juruacara sahaja supaya tidak timbul salah faham. 

Kata Sam, berat badannya naik mendadak sebab motif balas dendam.

“Terus terang cakap, selepas habis penggambaran Polis Evo 3, masa tulah Sam nak balas dendam makan sebab masa di set penggambaran Polis Evo 3, Sam perlu jaga pemakanan.

“Bila habis penggambaran tu rasa macam nak balas dendam, apa yang tak dapat dimakan sebelum ini. 

"Ngam-ngam pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak ada buat apa. Sambung la makan sampai jadi begini,” katanya berseloroh.

Berat badan Sam naik mendadak kerana makan tanpa henti menghargai masakan isteri, Syatilla Melvin. - Kredit foto: IG Sam


Selain itu, kata Sam, isterinya, Syatilla Melvin juga mempunyai sasaran tersendiri untuk menjadikan suaminya lebih ‘berisi’. 

Untuk itu, setiap hari Sam akan dihidangkan dengan pelbagai makanan menarik.

“Isteri tak bising tengok berat badan Sam macam ni kerana ini adalah kerja dia. 

"Dia siap cakap dengan keluarga yang dia ada sasaran untuk naikkan berat badan Sam. Itu yang setiap hari dia masak sedap-sedap masa PKP.

“Kalau Sam tak makan siapa lagi nak makan, anak masih kecil, manalah makan banyak. 

"Hah! Kitalah jadi tikus makmalnya, makan tanpa henti. Sekarang ini, dah nampak dia mula risau sebab belum nampak tanda-tanda Sam akan berhenti makan banyak,” katanya tersenyum.

Makan tanpa pantang larang kerana mahu balas dendam selepas penggambaran Polis Evo 3.


Kalau artis lain sudah risau apabila berat badan naik kerana tubuh adalah aset kerjaya. 

Bagi Sam, beliau tidak risau kerana itu bukan kali pertama berat badannya naik. Sebelum ini beliau sudah pernah gemuk dan kembali kurus.

“Bila-bila masa saja boleh kembali kurus tapi Sam kena ada satu goal, kalau tak ada matlamat tu, Sam rasa tak apa la, nanti la. 

"Kalau Sam betul-betul dah tandatangani kontrak untuk penggambaran filem, Sam akan mulalah berdiet.

“Kalaulah karakter untuk filem akan datang, memerlukan Sam berperwatakan seperti sekarang, mungkin akan kekal seperti ini. 

"Berat badan Sam pernah mencecah sampai 80 kilogram tapi kalau tengok sekarang ini, mungkin lebih kot.

“Sam tak percaya pada mesin timbang berat badan sebab ia tidak konsisten. Lagi satu, mesin tu kadang-kadang ada waktu tak betul. 

"Kalau nak tahu badan naik atau tidak, tengok saja lemak di badan. Macam Sam sekarang ini memang banyak lemak,” katanya terus terang.

Inilah bentuk badan Sam yang sebenar sewaktu melakukan tugasan sebagai Inspektor Khai dalam filem Polis Evo 3.


Untuk mengurangkan berat badan bukanlah perkara sukar dan Sam juga tidak bergantung 100 peratus kepada produk kerana lebih yakin dengan latihan di gimnasium.

“Sebelum ini ada juga dibantu oleh produk dan ia ada sedikit membantu. 

"Tapi bagi Sam, untuk kuruskan badan tak susah kerana kita hanya perlu tahu tentang penjagaan kalori. Macam mana nak jaga pemakanan kalau selera asyik nak makan.

"Dulu bila nak kuruskan badan, Sam pernah menggunakan produk dan ia membantu. 

"Sebenarnya pergi gim lagi mempercepatkan proses untuk kurangkan berat badan kerana pembakaran lemak berlaku. Pelbagai aspek kita kena jaga kalau nak kurus.

“Kalau Sam ada sasaran untuk kurus, biasanya Sam akan hilang satu kilo dalam tempoh dua hari atau maksimum pun tiga hari satu kilo. Insya-Allah sebulan boleh kurangkan 10 kilo. 

"Lagi mudah kalau ada bantuan produk untuk membantu tapi yang paling penting mental kena kuat,” katanya.

Sam bersama Syafiq Kyle dan Zizan Razak dalam filem Polis Evo 3. 


Bapa kepada Syeriz Samheizy, dua tahun tiga bulan dan Sarima Samheizy, setahun empat bulan itu berkata, kehidupannya kini telah lengkap.

Bercerita tentang telatah anak-anaknya, kata Sam, anak bongsunya itu sejak pandai berjalan, menjadi obses dengan kasut.

“Yang kecil dah pandai berjalan, dia ada satu perangai, gila kasut. Tak tahulah, mungkin mak dan bapa dia pun gila kasut. Kita sedar bila dia mula berjalan sejak tiga bulan lepas, dia dah pandai pakai kasut.

Kehidupan Sam sudah lengkap kerana mempunyai keluarga bahagia.


“Jadi sekarang ini, setiap masa dia nak pakai kasut, tidur nak pakai kasut, lepas mandi nak pakai kasut setiap masa. 

"Sam pergi ke satu shopping mall, lepaskan dia berjalan dan dia pergi ke tempat kasut. Memang dia gila kasut, baru umur setahun,” katanya sambil tersenyum.

Sam yang mendapat beberapa tawaran berlakon berkata, kalau mahu memulakan penggambaran pun mungkin hujung tahun ini. 

Sekarang ini, beliau lebih fokus kepada perniagaan sendiri seperti produksi dan pengiklanan. - KitaReporters

2
0
0
1
0
You will be interested