Seni & Sukan 06 Mar, 2022

Keluarga Malaysia: Wira tak didendang! Apartmen ZIG gigih berbakti! Bantu mangsa banjir Kg Sekayu!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


Sukarelawan menyusun pelbagai barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kampung Sekayu dan sekitarnya yang diinfak menerusi aktivis masyarakat dan Kumpulan ZIG.


NAMA tidak didendang dan tanpa mengenal istilah penat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kalangan penduduk Apartmen Zapin, Inang, Ghazal dan Qasidah (ZIG), Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor terus menabur bakti kepada penduduk ditimpa musibah.

Terbaru Kumpulan ZIG mengambil inisiatif mengumpul dana daripada sumbangan pelbagai pihak khusus penduduk yang menetap di apartmen berkenaan bagi membantu mangsa banjir di Kampung Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Ahli Jawatankuasa Kumpulan ZIG, Saharani Abdullah, berkata sebaik mendapat innfo dan berita yang tersiar di media sosial mengenai banjir menimpa penduduk di kampung berkenaan beliau mengadakan mesyuarat dengan beberapa ahli untuk mengambil tindakan bagi menghulurkan bantuan pada 1 Mac 2022 lalu.


Lagi berita-berita menarik berkaitan Keluarga Malaysia

Saharani Abdullah


Menurutnya, hasil keprihatinan penduduk dan beberapa pihak yang dimaklumkan usaha itu, Kumpulan ZIG berjaya mengumpul dana untuk membeli pelbagai keperluan penting seperti dapur gas, tuala mandi, pampers, peralatan membersih rumah serta barangan makanan asas seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, teh, susu dan sebagainya dalam beberapa hari sahaja.

“Setiap barangan ini direkodkan bagi memastikan tidak berlaku perulangan atau terbeli barang yang sama jika penduduk yang dibantu masih memerlukan bantuan dan Kumpulan ZIG akan berusaha demi keikhlasan membantu mereka ditimpa musibah.

“Kebiasaannya kami akan mengesan terlebih dahulu aktivis masyarakat atau NGO di satu-satu kawasan yang boleh berkongsi maklumat mengenai keperluan penduduk serta turut membantu membuat agihan barangan yang diinfak,” katanya.


Sebahagian sukarelawan di Kampung Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu membungkus barangan keperluan asas yang diinfak pelbagai pihak termasuk daripada Kumpulan ZIG sebelum diagihkan kepada mangsa banjir baru-baru ini.


Saharani dihubungi ketika membantu Penyelaras Program Bantuan Kumpulan ZIG, Anuar Omar yang membuat penyerahan barangan itu kepada beberapa sukarelawan yang bergerak ke Hulu Terengganu pada 3 Mac 2022 lalu.

Beliau berkata, semua barangan itu akan dihantar ke rumah seorang penduduk di kampung berkenaan yang secara sukarela menjadi tempat menerima infak orang ramai sebelum diagihkan kepada mangsa banjir yang dikenal pasti.

Menurutnya, usaha membantu mereka yang ditimpa musibah itu bukanlah perkara baharu kepada Kumpulan ZIG kerana sudah lama melakukan kerja amal berkenaan termasuk meringankan bebanan keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Tambah beliau, umpama hujung tahun 2021 lalu, Kumpulan ZIG terbabit secara langsung seperti pelbagai NGO lain bagi membantu mangsa banjir di beberapa daerah di Selangor dan Pahang dengan menghantar sendiri bantuan barangan makanan serta keperluan asas selain terbabit dalam kerja pembersihan.


Sukarelawan Samsudin Husin (kanan) menyampaikan sumbangan dapur gas infak orang ramai kepada mangsa banjir Mazlan iaitu bekas bilal Masjid Kampung Padang Setar.


“Walaupun ahli kami sibuk dengan tugas hakiki di tempat kerja tetapi ada antara mereka  yang sanggup mengambil cuti untuk turun padang bagi membantu mangsa banjir serta mengagihkan barangan keperluan ini.

“Kami Kumpulan ZIG sudah sepakat untuk ringan tulang seperti ahli NGO lain bagi membantu penduduk ditimpa musibah yang secara tidak langsung dapat mengimarahkan konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan pemimpin negara, “ katanya.


Seorang mangsa banjir menerima bantuan dapur gas dan barangan makanan keperluan asas yang disampaikan sukarelawan Nor Afifi Abdul Razab.


Sementara itu jurucakap sukarelawan yang menjadi tempat mengumpul barangan infak di kampung berkenaan memaklumkan mereka menerima pelbagai barangan makanan asas, ubat-ubatan, kain selimut, kain pelikat, pakaian terpakai, peralatan persekolahan yang dihantar oleh orang ramai termasuk aktivis masyarakat seperti Oh Fatimah, Batu Buruk, Rakiah Kuala Berang, Cikgu Nasir, Engku Haripah dan ZZheritage

“Barang-barang ini kami akan bahagi sama rata mengikut keperluan mangsa banjir manakala yang keuzuran atau tiada pengangkutan untuk datang mengambilnya beberapa sukarelawan akan tolong menghantar ke rumah mereka.

“Terbaharu kami menerima infak pelbagai barang keperluan harian termasuk peralatan yang digunakan di rumah seperti penyapu disumbangkan oleh NGO Kampit Rezeki dari Perak diketuai Qolbin Salim Sulaiman yang datang sendiri menyampaikan barangan berkenaan,” katanya. - KitaReporters


NGO Kampit Rezeki dari Perak yang diketuai Qolbin Salim Sulaiman (tiga dari kiri) turut turun padang membantu mangsa banjir di Hulu Terengganu.

38
8
1
14
0
You will be interested