Lagi cerita-cerita berkaitan Astro First:
https://kitareporters.com/search?search=astro+first
Menurut catatan dalam laman itu lagi, langganan hampir mencecah RM700,000 pada hari pertama tayangan di Astro First saluran 480 semalam, Khamis 22 Oktober 2020. Berita baik itu turut dikongsi menerusi Instagram Astro Shaw hari ini, 23 Oktober 2020.
Hilang sudah debaran menunggu sambutan terhadap filem sulung Syahmi Sazli Production. Pelbagai reaksi ramai sewaktu Syahmi mengumumkan keputusan untuk menerbit dan mengarah sendiri filem Mael Totey The Movie untuk saluran Astro First.
Biarpun Syahmi, atau nama penuhnya Muhammad Syahmi Sazli, nampaknya penuh bersemangat untuk menghadapi apa jua cabaran dan rintangan dalam proses pembikinan filem berkenaan, segelintir memandang lekeh dan sukar untuk mempercayai bahawa dia mampu melakukannya, dengan tahap pengalaman dan usia masih muda.
Apa yang dilakukan oleh Syazmi Sazli tidak pernah dilakukan oleh penerbit dan pengarah lain di negara ini, berani mempertaruhkan himpunan pelakon daripada kalangan`insan istimewa`, yang tahap pemahaman dan kecekapan perbualan bukan seperti orang biasa.
Aksi gembira kumpulan pelakon Mael Totey The Movie. - Kredit Foto - FB Syahmi Sazli Production.
Justeru, bukan sahaja Syahmi Sazli berdebar menunggu sambutan terhadap filem berkenaan, malah pengikutnya juga.
Dengan kutipan RM700,000 pada hari pertama tu, penyokong tentulah sangat gembira, namun yang selama ini memandang lekeh, nah telah terbukti sudah kemampuan anak muda yang satu ini.
Antara komen pengikut pada posting di facebook Syahmi Sazli Production;
Shahrul Muhammad : “Pehh modal 400K, sehari dah balik siap untung… 1 tempeleng... hebat buat director dan producer yagn sudah lama berkecimpung dalam industry perfileman.”
Abi Mikael Faris: “Tak perlu adengan peluk cium… Tak perlu adegan pegang-pegang tangan…Bila cerita best, pasti orang akan support.. Tahniah Mie n team.”
Tahniah Syahmi Sazli dan pasukan produksi!! - KitaReporters