Seni & Sukan 16 Apr, 2022

Video| Kejutkan warga bangun bersahur! Guna pembesar suara! Lelaki datang ke masjid bawa parang!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

NZ yang datang memasukki pintu masjid. - Kredit foto: Purnawarta 


NIAT di hati beberapa jemaah serta remaja bagi mengejutkan warga setempat di kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia supaya bangun bersahur telah mengundang kemarahan seorang lelaki lalu datang ke masjid dengan membawa sebilah parang pada 10 April 2022 lalu. 

Aksi lelaki terbabit yang bernama NZ berumur 57 tahun itu kerana tidak berpuas hati terhadap para jemaah dan remaja itu yang menggunakan pembesar suara dengan kuat di Masjid Al-Mu’munin Tanjung Uma, kota Batam bagi mengejutkan warga tempatan bangun bersahur telah menyebabkan NZ terjaga daripada tidur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan bersahur

NZ dalam keadaan marang datang ke masjid dengan membawa sebilah parang di tangan kanannya (bulatan) kerana para jemaah serta remaja menggunakan pembesar suara dengan kuat untuk mengejut warga tempatan bangun bersahur. - Kredit foto: Wartaoriental.com


Selain itu, NZ turut memarahi mereka kerana dia mempunyai seorang cucu masih kecil yang sedang tidur ketika itu dan rumah lelaki itu berdekatan dengan masjid berkenaan.

Viral video pelaku terbabit dilihat memakai penutup muka dan bertopi membawa parang di tangan kanannya serta memarahi beberapa jemaah di masjid itu yang berdurasi selama 1.55 minit.



Selepas kekecohan kes tersebut , NZ mendakwa dia tidak berniat untuk menikam atau melakukan sebarang kekerasan dengan senjata tajam itu terhadap para jemaah yang berada di masjid. 

“Sebaliknya saya hanya untuk mengugut supaya mereka tidak menggunakan suara yang kuat (pembesar suara) bagi mengejutkan warga tempatan bangun bersahur kerana ia juga boleh mengganggu orang lain yang sedang tidur," tegasnya. 

Lapor detik.com pada 14 April 2022, menyebut bagaimanapun kejadian itu tidak berpanjangan kerana beberapa jemaah lain yang berada di masjid  berunding serta menasihati NZ supaya tidak melakukan kejadian yang tidak diingini terjadi di rumah Allah itu.


Kredit foto : dok.istimewa


Sementara itu, Ketua Polis Lubuk Baja, Kompol Budi Hartono pada 11 April 2022  berkata, pelaku mengaku membawa parang tersebut sebagai mengugut para jemaah termasuk remaja agar tidak memasang pembesar suara  dengan kuat.

Beliau berkata, NZ dipercayai begitu marah kepada remaja yang menggunakan pembesar suara dengan kuat untuk mengejut penduduk setempat agar bangun bersahur itu sehingga dia sendiri yang sedang lena terjaga daripada tidur.

Kes tersebut, bagaimanapun tidak dibuat laporan polis.


Kredit foto : Melayupedia.com



“Namun pihak polis telah memanggil beberapa pihak yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Hartono, akhirnya pelaku, mangsa remaja, Ketua RT dan pihak pengurusan masjid bersetuju untuk berdamai apatah lagi pada bulan Ramadan yang mulia itu.

“Mereka saling maaf-memaafkan di balai polis disebabkan mereka tidak mahu kes tersebut berpanjangan,’’ ujarnya. - KitaReporters


NZ (dua dari kiri) bersalam di balai polis Lubuk Baja dengan seorang remaja yang dipercayai memasang  pembesar suara dengan kuat di masjid untuk mengejutkan warga setempat bangun bersahur di kota Batam, Riau pada 10 April 2022. - Kredit foto: dok.istimewa

9
15
0
10
0
You will be interested