Seni & Sukan 13 Jun, 2021

Berita Terkini| Kawat besi di kawasan PKPD dirosakkan! Polis beri jaminan pantau lebih kerap!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

ANGGOTA polis bersama anggota RELA membuat pemeriksaan ke atas kawat besi yang diletakkan di laluan tikus dirosak oleh penduduk kerana terdapat kes potong. - Kredit foto: Berita Harian.


PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kutan, Mukim Wakaf Bharu di Kelantan yang memasuki hari kedua dicemari perbuatan khianat apabila kawat duri yang dipasang dirosakkan oleh penduduk.

Kawat duri atau 'concertina wire' yang dipasang di dua laluan tikus kampung itu dipijak dan ada kesan dipotong.

Anggota Balai Polis Wakaf Bharu, Lans Koperal Alex Wong Tze Haw, berkata kerosakan itu disedari ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan bersama dua anggota RELA.

“Sebaik tiba di kawasan tali air Kampung Kutan Tengah itu, saya ternampak gulungan kawat duri yang dipasang telah rosak seakan perbuatan khianat. Kami memeriksa kawat itu dan terlihat ada kesan dipotong dan lenyek akibat dipijak. 

"Sebelum itu kerosakan yang sama dikesan di satu lagi lokasi tidak jauh dari kawasan itu dan sudah dibaiki pihak tentera,” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Ahad, 13 Jun 2021.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kerosakan yang dilakukan terhadap kawat duri yang dipasang di dua laluan itu.

"Kita akan kesan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan akan ambil tindakan lanjut dan rondaan serta kawalan yang lebih kerap akan dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang," katanya. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

SUPRITENDAN AB.Rasih memberi jaminan akan kesan si pelaku dan melakukan rondaan lebih kerap di kawasan berkenaan. Kredit Foto Sinar Harian

0
1
0
0
0
You will be interested