Seni & Sukan 09 Nov, 2020

Kurang ajar! PU Syed gesa semua laporkan IG hina Rasulullah!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PADA pertengahan Oktober 2020, seorang guru bernama Samuel Paty dibunuh di luar sekolahnya yang terletak di pinggir bandar Paris, Perancis, selepas mangsa menunjukkan karikatur Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara. Pembunuhan itu berlaku selepas guru tersebut menjadi sasaran kempen kebencian. : KitaReporters


Tragedi pembunuhan seorang guru yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW menggemparkan dunia. Kredit foto: Sinar Harian


Lagi cerita-cerita berkaitan PU Syed:

https://kitareporters.com/search?search=PU+syed


Kempen kebencian dalam talian itu ekoran pemilihan bahan pengajaran oleh Paty iaitu gambar sama yang mencetuskan insiden serangan berdarah oleh lelaki bersenjata di pejabat majalah satira Charlie Hebdo pada 2015. 

Kebebasan bersuara tidak bermakna kita boleh menghina agama dan kepercayaan orang lain sewenang-wenangnya. Pengajaran yang boleh diambil daripada insiden ini ialah belajarlah menghormati agama orang lain.

Sebenarnya bukan majalah Charlie Hebdo sahaja yang suka menghina Nabi Muhammad SAW, tetapi ada juga segelintir pihak yang berselindung di sebalik akaun media sosial melakukan perbuatan sama. 



Contohnya, akaun Instagram (IG) yang didedahkan oleh penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al Yahya ini. Dengan menggunakan nama Muhammad Drawing Competition, IG ini jelas sekali cuba melakukan provokasi terhadap umat Islam.

“Akaun IG ni sangat kurang ajar dengan mencetuskan lagi provokasi terhadap umat Islam!” tulis PU Syed.

PU Syed menyeru orang ramai untuk membuat laporan terhadap akaun tidak bertanggungjawab ini.


Lihat sahaja dalam ruangan bio IG tersebut yang menyeru orang ramai supaya menghantar ilustrasi (kartun) Nabi Muhammad SAW. Menurut IG tersebut, mereka menentang puak pelampau dalam agama dan bukannya penganut Islam. 

“Send us your best Muhammad illustrations! We stand against religious extremism and censorship, not Muslims people. NOT an anti Islam hate page,” tulis mereka.


Akaun ini jelas berniat untuk menghina Nabi Muhammad SAW, di samping menggunakan hadis palsu untuk 'menghalalkan' dakwaan mereka.


Mereka mendakwa tidak menentang penganut Islam, tetapi setiap hantaran dalam IG menimbulkan kemarahan penganut Islam kerana memaparkan karikatur Nabi Muhammad dengan disertakan petikan hadis yang dipercayai palsu!

Walaupun ramai yang mengecam setiap hantaran yang dibuat dan mengugut untuk membuat laporan, mereka seolah-olah tidak mempedulikannya.

Justeru, marilah kita sama-sama membuat laporan mengenai akaun yang mengancam keselamatan dan keamanan ini. - KitaReporters


Sila ke pautan ini, https://www.instagram.com/muhammaddrawingcompetition/ dan kemudian klik pada tiga titik di bahagian atas kanan untuk membuat aduan. 

0
0
0
0
0
You will be interested