Seni & Sukan 15 Jun, 2022

Tahniah! Cipta sejarah! Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023! Tewaskan Bangladesh 4-1!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



MALAYSIA mencipta sejarah berjaya layak ke pusingan akhir secara merit dan bukannya melalui pintu belakang apabila berjaya menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan E pada Selasa malam, 14 Jun 2022

Penantian selama 42 tahun akhir menjelma dan lebih manis ia terjadi di halaman sendiri. Bukan satu tempoh yang singkat. 

Dengan kekalahan Filipina kepada Palestine, ia memberi semangat moral untk Malaysia cipta kemenangan dalam perlawanan ketiga ini. 

Turun dalam misi ingin mencipta sejarah untuk layak ke Piala Asia dan ia telah dibuktikan oleh skuad kendalian Kim Pan-gon dengan taktikal serangan demi serangan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejohanan Piala Asia 2023


Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon telah melakukan sedikit rombakan pemain utama bagi menyuntik kembali semangat setelah tewas kepada Bahrain baru-baru ini.

Malaysia memulakan perlawanan dengan garang apabila melancarkan serangan berterusan dalam usaha mendapatkan gol awal.

Deretan demi deretan peluang terhidang namun sering kali gagal menterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Peluang terbaik Malaysia hadir menerusi ketua pasukan, Muhammad Syafiq Ahmad namun beberapa percubaan beliau gagal menewaskan penjaga gol Bangladesh.



Akhirnya pada minit ke-16 Malaysia membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Safawi Rasid apabila tenang menjaringkan gol melalui sepakan penalti.

Malaysia terus melancarkan serangan dari pelbagai sudut untuk mencari gol tambahan.

Bangladesh yang sekali sekala melancarkan serangan berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain yang mempunyai kepakaran lontaran jauh telah membantu rakan sepasukan menjaringkan gol. 

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia mengatur kembali permainan serta perkemaskan kembali serangan dan akhirnya pemain pertahanan negara, Dion Johan Cools menjaringkan gol kedua untuk meletakkan Malaysia kembali di depan.



Bermula separuh kedua, Malaysia tidak menunggu lama untuk menambah apabila ketua pasukan Malaysia akhirnya menemui jaringan setelah beberapa mencubanya.

Bagai tidak cukup dengan tiga gol, Malaysia terus meningkatkan serangan untuk mencari gol keempat. Bangladesh juga kadang-kala datang menyerang melalui 'counter attack'.

Kemasukan penyerang gantian, Darren Lok Yee Deng tidak perlu menunggu lama apabila gerakan cantik dari tepi melalui Muhammad Akhyar Abdul Rashid memudahkan Darren untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia.

Dengan kemenangan ini, Malaysia secara merit telah layak ke pusingan akhir Piala Asia pada tahun depan dan ini adalah satu sejarah untuk pasukan bola sepak Harimau Malaya kerana setelah sekian lama tidak menjejaki pusingan akhir secara merit. - KitaReporters



9
11
0
11
0
You will be interested