Seni & Sukan 17 Dec, 2021

Keluarga Malaysia: Piala perak simbol perpaduan penduduk! Piala sempena King George VI ditabal!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this



PERPADUAN penduduk semua kaum di daerah Baling, Kedah jelas dilihat kukuh sejak tahun 1937 lagi dengan penemuan sebuah piala perak sempena pertabalan King George VI pada May 1937.

Pada piala itu tertera nama penyumbang antaranya, (1) Mr Tan Hoe Baling., (2) Chin Seng Baling, (3) Joo Hoe Baling, (4)  M. S Martab Baling, (5) AJ Yacob Kupang Baling, (6) Hoe Seng Kupang, (7) Tai Seng Kupang, (8)Chin Seng Pulai, (9) M S Martab Baling, (10) Sannur Kuala Pegang dan (11) Chin Seng Kuala Pegang. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan piala


ALIAS ABD RAHMAN


Menurut Alias Abd Rahman, beliau menemukan piala bersejarah itu dalam simpanan ayahnya, Abd Rahman Mohamad bekas seorang anggota Home Guard pada zaman darurat. Abdul Rahman dilahirkan dalam tahun 1924 dan meninggal dunia dalam tahun 2007 di Pulai Baling Kedah. 

Jelas Alias, yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Malau, Baling, perpaduan kaum di daerah Baling ketika itu sudah kukuh dengan mewujudkan persafahaman dengan melabur wang ringgit untuk membuat piala itu yang kini menjadi sejarah perpaduan kaum yang begitu murni. 



Menurut beliau lagi, nama-nama yang tercatit pada piala bersejarah itu adalah ketua-ketua dan ahli perniagaan semua  kaum yang tinggal di daerah Baling ketika itu

Kini piala bersejarah itu masih disimpan dengan baik oleh Cikgu Alias untuk tujuan kajian sejarah mengenai perpaduan kaum khususnya di daerah Baling. 

Jelas beliau, jika ada ahli-ahli keluarga atau waris nama-nama yang tercatit pada piala itu yang ingin melihatnya boleh menhubungi beliau untuk tujuan bergambar bersama piala bersejarah itu. - KitaReporters


9
9
0
12
0
You will be interested