Seni & Sukan 27 Dec, 2021

KETENGAH Ambil Cakna! Rai kejayaan pelajar, belia Terengganu! Harumkan nama di persada dunia!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Husaimi Hussin (baju merah tengah) bersama pelajar dan remaja juara pertandingan peringkat antarabangsa.


KEGEMBIRAAN jelas terukir kepada wajah pelajar dan belia dari daerah Besut, Terengganu apabila kejayaan mereka mengharumkan nama negeri Terengganu ke persada dunia dalam bidang masing-masing mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menerusi anak syarikatnya Ketengah Jaya Sdn Bhd, yang prihatin dengan kejayaan membanggakan pelajar dan belia negeri itu bermurah hati memberi sumbangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebagai tanda penghargaan di atas usaha kejayaan mereka.


Lagi kisah menarik berkaitan KETENGAH

Pelajar SMKKB juara Dunia pertandingan pameran mengenai nuklear bergambar kenangan dengan guru pembimbing


Menerusi program “KETENGAH AMBIL Cakna” pelajar, guru dan belia berkenaan diraikan dalam satu majlis khas sempena meraikan kejayan masig-masing. Majlis secara sederhana tetapi penuh bermakna yang berlangsung di Aji-Aji Seafood, Kampung Raja, Besut dirasmikan oleh Pengerusi Ketengah Jaya Sdn Bhd, Mohd Husaimi Hussin.

Pada majlis itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut (SMKKB), mencipta nama apabila dinobatkan sebagai Juara Dunia menerusi Pertandingan Pameran Pendidikan Maya mengenai Sains dan Teknologi Nuklear anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). 

Selain itu, majlis tersebut juga meraikan kejayaan 10 remaja  dari Daerah Besut yang mendapat Anugerah Tahap Emas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) peringkat antabangsa.


Pelajar SMKKB ketika menyertai pertandingan secara atas talian



Pasukan SMKKB diwakili Ainul Mardhiah Mohd Azmi dan Muhamad Zafran Zaidi yang dibimbing oleh Cikgu Yusarimi Md Yusof.

Menurut Yusarimi selaku guru pembimbing pasukan, "tanpa kerja keras, semangat berpasukan team inovasi dan sokongan yang mantap daripada pentadbiran sekolah serta semua warga SMKKB nescaya kita tidak dapat melangkah ke tahap tersebut."

Katanya, "apabila dapat surat jemputan pertandingan, kami terus mengadakan perbincangan secara Googlemeet bersama team inovasi untuk percambahan idea untuk projek ini. 

"Kami bincang tentang konsep, syarat dan pemilihan pelajar untuk projek. Akhirnya memutuskan untuk menghantar dua penyertaan untuk pertandingan ini melibatkan empat orang pelajar iaitu melibatkan teknologi nuklear dalam tanaman padi dan dalam penanaman cendawan.

"Cabaran yang terbesar ialah musim pendemik dan PKP ini membataskan perjumpaan dan pergerakan untuk  kita melakukan kerja. 


Husaimi (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada guru pembimbing


Katanya, langkah pertama yang mereka buat ialah mengadakan sesi perkongsian maklumat melalui Googlemeet dengan Pakar Cendawan dan Pakar Padi dari Agensi Nuklear Malaysia (ANM) Dr Azhar Mohamad dan Dr Sabri Hussin untuk mendapat maklumat tentang projek sekolah itu. 

"Kami juga membuat kunjungan ke sawah padi dan perusahaan HR Mushroom di Jabi untuk perkongsian maklumat dan rakaman Video.

“Setelah hampir tiga minggu bekerja keras dari pagi hingga petang untuk proses rakaman, suntingan dan editing akhirnya pada 17 September 2021 kita berjaya menghantar video untuk penyertaan,” katanya.

"Walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan waktu cuti kami, tetapi iaadalah satu kepuasan kerana berjaya menyiapkan dan menghantar video penyertaan tersebut. 

“Alhamdulillah pada 24 Oktober 2021, kami mendapat emel yang memaklumkan salah satu video yang bertajuk “Nuclear Technology in Mushroom Industry“ terpilih untuk menjadi 10 finalis di seluruh dunia,” tambah Yusarimi. - KitaReporters



 

10
10
0
11
0
You will be interested