Seni & Sukan 16 Jul, 2021

Program GoVaccine! Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor sedia pengangkutan percuma ke PPV!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Poster Program GoVac PKMNJ Cawangan Labis yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma kepada penerima vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


ORANG ramai di negeri johor  yang menghadapi masalah pengangkutan untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tidak perlu risau kerana Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor (PKMNJ) sedia membantu dengan menyediakan pengangkutan pergi balik dari kediaman masing-masing ke PPV secara percuma melalui program GoVaccine.

Pengerusi PKMNJ Cawangan Labis, Kamarul Khairi Komeng berkata, program GoVaccine (GoVac) yang dilancarkan pada 10 Julai 2021 lalu merupakan cetusan idea Menteri  Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad bagi membantu penerima vaksin Covid-19 di negeri ini yang menghadapi masalah pengangkutan untuk ke PPV.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Labis

Kamarul Khairi Komeng bersama salah seorang pemandu memasang pelekat pada kenderaan yang digunakan untuk membawa penerima vaksin ke PPV sepanjang Program GoVac berlangsung.


“Antara syarat utama untuk mendapatkan perkidmatan ini, pemohon mestilah telah memperolehi tarikh suntikan  melalui aplikasi MySejahtera selain perlu mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh suntikan

“Cara membuat permohonan adalah dengan cara melengkapkan borang atas talian di pautan http://bit.ly/GoVac atau menghubungi talian hotline GoVac melalui 017-2252439 atau 017-2250124,” katanya ketika dihubungi di Labis, Johor.

Katanya, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut selain pengangkutan yang disediakan itu juga tidak mengambill kira jarak antara kediaman pemohon dan PPV.


Kenderaan yang akan digunakan untuk membawa penerima vaksin disanitasi terlebih dahulu.


Selain itu, pemohon juga akan dimaklum terlebih dahulu maklumat pemandu serta kenderaan yang akan menghantar mereka ke PPV bagi mengelakkan timbul sebarang masalah berbangkit serta penipuan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan.  

“Sejak mula dilancarkan, PKMNJ Cawangan Labis telah menerima dan meluluskan lebih 20 permohonan dan jumlah ini agak sedikit mungkin disebabkan masih ramai yang belum mengetahui mengenai perkhidmatan yang kami sediakan ini.

“Sebenarnya kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk penerima vaksin Covid-19 yang tinggal di Labis untuk ke PPV yang terdapat di daerah Segamat sahaja, malah kami turut menyediakan perkhidmatan kepada penerima vaksin Covid-19 untuk mendapatkan suntikan di PPV Persada Johor Bahru,” katanya.

Dalam masa sama dia berharap mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan percuma ini dapat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yng ditetapkn oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)  bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan. 


Amir Abdillah Abd. Kadir 


Sementara itu salah seorang pemandu GoVac di Labis, Amir Abdillah Abd. Kadir berkata, dia terpanggil untuk menjadi salah seorang sukarelawan yang menyediakan pengangkutan kepada penerima vaksin kerana memahami  kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang kurang berkemampuan terutama warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan suntikan vaksin. 

“Selain itu, saya tidak mahu ketinggalan menjadi sebahagian daripada individu yang menyumbang kepada negara dalam usaha memerangi wabak Covid-19 ini. 

"Semua orang perlu memainkan peranan masing-masing memerangi musuh yang tidak dapat dilihat ini.

"Terpulanglah bagaimana caranya asalkan kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dan bersatu hati saya percaya kita akan menang juga akhirnya,’katanya. - KitaReporters


Pas pemandu yang turut memaparkan jenis serta nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penerima vaksin yang menggunakan perkhidmatan GoVac.


Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad merupakan individu yang mencetuskan idea mewujudkan program GoVac.

4
0
0
0
0
You will be interested