Gaya Hidup 25 Oct, 2021

Video! Wanita hidup 30 tahun di dalam tong buruk! Yang dijadikan rumah! Kini dapat rumah baharu!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Seorang wanita Siberia, Svetlana Chernova (gambar atas) tinggal di dalam sebuah rumah usang dalam bentuk tong tanpa elektrik, alat pemanas dan air selama 35 tahun.

Ia dilakukan sejak hilang pekerjaan di sebuah kilang tentera Soviet. Chernova tinggal di dalam rumah tong lama itu selama lebih dari tiga dekad di kota Omsk, Siberia.

Kisahnya menjadi tular baru-baru ini apabila dihebahkan oleh beberapa media massa di Russia, kata Russia Today (RT).

Keadaan tong usang (kanan) yang didiami Chernova selama 30 tahun. - Kredit foto: Russian Today


Bekalan elekriknya diputus dua tahun lalu dan tidak ada air atau gas yang mengalir. Chernova terpaksa berjalan ratusan meter untuk mengambil air dari pam dan menghangatkan rumahnya dengan tungku kayu bakar. 

Tanpa saudara-mara dan hanya menerima wang sagu hati sebanyak sebanyak USD$200 (kira-kira RM800), dia mengaku tidak dapat menyewa apartmen setelah pekerjaannya sebagai pemandu kren dihentikan ketika kilang tempat dia bekerja ditutup.

Setelah pegawai Rusia diberi tahu tentang situasi kehidupan Chernova, mereka meminta dokumen tertentu bagi membukti dia pernah bekerja dengan agensi kerajaan.

Akhirnya dia dibenarkan tinggal sementara di dalam rumah berbentuk tong itu sehingga mereka dapat memberinya rumah yang selayaknya. 



Namun, borang  yang dikemukakan ketika itu hilang dan bantuan terhadapnya terbantut, katanya kepada Russia Today pada Sabtu , 23 Oktober 2021.

Selepas kilang itu ditutup dalam tahun 1991 ekoran pepecahan Soviet Union, bekas pekerja yang diberi tempat tinggal sementara berupa tong itu terus menunggu rumah kekal yang dijanjikan kepadanya.

Namun rumah kekal itu gagal diperoleh oleh wanita ini menyebabkan Chernova antara bekas pekerja yang terus tinggal di dalam tong buruk berkenaan.

Pada musim dingin, mereka yang tinggal di dalam tong  ini tidur dengan pakaian mereka untuk memanaskan badan. Pada musim panas, keadaan dan tong itu panas dan tidak selesa untuk berehat.


Chernova diberi kunci kepada rumah baharunya. - Kredit foto: Instagram


Chernova sebelumnya menolak tawaran untuk tinggal di rumah kebajikan untuk orang-orang tua.

Laporan media mengenai keadaan kehidupan Chernova menimbulkan kemarahan dalam kalangan aktivis komuniti.

Mereka membawakan makanan, dan para blogger mengumpulkan duit lebih USD$28,420 (kira-kira RM113,700) untuk membelikannya sebuah rumah baharu, lapor RIA Novosti. - KitaReporters



12
13
0
15
0
You will be interested

Video| Gembira bercerai? Bad Indigo, Ashira umum perpisahan dalam rakaman video! Tapi tetap kawan!

Dalam rakaman video secara bersama, Bad Indigo dan Ashira dengan gembiranya umumkan mereka bercerai setelah 14 bulan berumah tangga namun tetap jadi kawan baik

Video| Syamsul cari perakam klip video! Filem bakal box office! Mat Kilau kutip RM2.8j dalam 2 hari!

Syamsul beri amaran keras kepada pihak yang tayangkan cuplikan filem Mat Kilau lebih 5 saat dalam laman sosial. Mahu buat laporan polis dan ambil tindakan saman
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 17 hours ago

Panggung pacak dah berakhir! Akhbar bersaing dengan media sosial! Perlu lebih bebas dan tak takut!

Akhbar harus buat pendekatan menyeluruh, lebih cekap, pantas dan pembinaan insan yang bolehkan wartawan bekerja dalam ruang bebas, tanpa takut - Johan Jaaffar
Kartini Mohd Noor in Gaya Hidup 19 hours ago

Video| Amelia Henderson, Idris Khan tak profesional! Tak kenang budi! Saya terpaksa saman! - A Aida

A. Aida saman Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara tarik diri pada saat-saat akhir daripada drama 28 episod Sekali Lagi Cinta Kembali sebagai pelakon utama
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Woi! Bangunlah! Beri tempat duduk kepada ibu mengandung! Wanita hamil kongsi pengalaman!

Seorang wanita sarat hamil luahkan rasa kesal dengan sikap, tindakan segelintir masyarakat naiki pengangkutan awam tapi tak diberikan tempat duduk oleh mereka
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago