Seni & Sukan 18 Sep, 2020

Jejak Pahlawan Berakit! 150 peserta telusuri Sg Terengganu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

PERJUANGAN jerih perih tokoh-tokoh besar pahlawan Melayu yang banyak berjasa dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh dan penjajah sebelum negara mencapai kemerdekaan telah diterjemahkan oleh peserta berakit menelusuri Sungai Terengganu sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-57 tahun ini. : KitaReporters

Peserta berakit menyahut cabaran menelusuri Sungai Terengganu


Lagi cerita-cerita berkaitan Hari Malaysia:

https://kitareporters.com/search?search=Hari+Malaysia


Menerusi program Jejak Pahlawan Berakit peserta menamakan pejuang Melayu dan tokoh agama pada kumpulan masing-masing sebagai tanda memperingati mereka selain mengambil aura semangat perjuangan mempertahankan tanah air.

Antara tokoh terbabit yang dinamakan kepada kumpulan rakit-rakit termasuklah Tok Gajah, Dato' Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Raja Ri dan Mat Kilau dan Tok Guru Nik Abd Aziz.

Peserta berakit perlu ada semangat kerjasama dan berani menghadapi risiko di sungai


Ternyata nama-nama berkenaan membawa  tuah kepada kumpulan berkenan apabila dua pasukan dari Kampung Dusun iaitu Rakit 010 Tok Gajah dan Rakit 009 Mat Kilau berjaya memenangi tempat pertama dan kedua serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan RM800 dalam program Jejak Pejuang berkenaan.

Manakala wakil dari Kampung Kuala Pueh, Rakit 001 di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500. 

Pasukan Tok Gajah dan Mat Kilau dari Kampung Dusun, Hulu Terengganu muncul Johan dan Naib Johan berakit menyusuri Sungai Terengganu


Program anjuran Belia Sahabat Sejahtera Telemong dengan kerjasama Pusat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong serta sokongan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Terengganu.

Turut terbabik ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), i-MiTS, MPKK Dusun dan Mesah sebagai tuan rumah.

Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu 


Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata antara objektif program bagi menghidupkan kembali nostalgia berakit, menyelami pengorbanan generasi dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dalam serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk.

Katanya, ekspedisi kali kedua yang diadakan itu bermula di kampung Dusun dan berakhir di kampung Mesah, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Beliau berkata, ekspedisi berakit sejauh lebih kurang 30 kilometer yang mengambil masa hampir lima jam.

Rakit berbentuk rumah


Seramai 150 peserta mengambil bahagian dengan menggunakan 25 buah rakit yang yang diperbuat daripada buluh mengandungi enam orang peserta bagi setiap rakit. 

"Ia melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan jabatan termasuk polis, bomba dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan pematuhan norma baharu yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan akibat wabak pandemik COVID-19," katanya.

Aksi peserta ketika berakit menyusuri Sungai Terengganu


Menurut Safari, setiap rakit dinamakan dengan nama-nama pahlawan dan ulama yang mempunyai jasa dalam perjuangan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Peserta bersiap untuk memulakan sisi berakit


Katanya, sejarah pernah membuktikan Sungai Terengganu yang dijadikan laluan berakit pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan penting daripada pedagang dahulu serta para tabligh dalam menyampaikan syiar Islam.

Peserta membawa semangat tokoh perjuangan Melayu untuk berakit menyusuri Sungai Terengganu


Menurutnya, kawasan itu perlu dibangunkan semula tanpa meminggirkan ciri-ciri tradisionalnya untuk tatapan pelancong dan generasi baharu mengenai sejarah kegemilangan lokasi berkenaan. - KitaReporters

3
0
1
0
1
You will be interested