Seni & Sukan 24 Jun, 2020

Nabi sayang semua haiwan! Kisah fasal kucing Nabi tak benar!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SERING kita dengar ada hadis mengatakan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Malah, dikatakan Rasulullah SAW mempunyai seekor kucing bernama Muezza. Namun, tahukah anda menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ataupun lebih dikenali sebagai Dr MAZA, hadis mengatakan kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW tidak benar. : KitaReporters


Isu itu mengenai kucing mula berbangkit apabila Dr MAZA berkongsi tangkap layar satu rencana yang diterbitkan oleh sebuah portal mengenai kucing.

Menurut rencana berkenaan, wanita kurang tertarik dengan lelaki pencinta kucing. Justeru, Dr Maza mempersoal kebenaran mengenai artikel berkenaan.


“Betulkah kajian ini? Saya pula tidak selesa apabila melihat wanita yang selalu bersama kucing.

“Masing-masing kita mempunyai cita rasa yang berbeza. Ada orang tertarik melihat 'cat lover', ada orang tawar hati dan merasa 'kurang selera dan selesa' melihat pendamping kucing.

“Maka, setiap kita memilih apa yang sesuai untuknya. Ada orang suka ke rumah yang banyak kucing. Saya atau sesiapa yang seperti saya mengelakkan minum dan makan di tempat yang banyak kucing.

“Selera dan kecenderungan tidak sama,” tulisnya.

Sementara itu ada beberapa orang netizen pula menjelaskan kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah sebagai tanda bersetuju dengan artikel tersebut.

Namun, kenyataannya itu disangkal oleh Dr MAZA

Menurut Dr MAZA, tiada kucing yang khusus dalam hidup Rasulullah SAW kerana Baginda menyayangi semua haiwan.



Dalam itu, seorang netizen menulis: “Kucing binatang kesayangan Nabi SAW. Lelaki yang sayangkan binatang adalah lelaki yang hebat."

“Nabi sayang semua binatang. Tiada kucing khas Nabi SAW,” jelas Dr MAZA.

Manakala seorang lagi meminta penjelasan daripada Dr MAZA mengenai cerita kucing kesayangan Rasulullah SAW bernama Muezza.

“Tapi kucing Nabi Muezza tu macam mana Dr? Tak faham maksud tiada kucing khas tu.

“Kucing Nabi tidur atas serban Nabi kalau tak silap kemudian Nabi gunting serban tu sebab tak nak ganggu kucing tu tidur. 

"Betul ke kisah tu? Dan Nabi kata kucing ni haiwan peliharaan dalam rumah.

“Kalau letak kucing kat luar sampai kotor kemudian bawa masuk rumah, itulah sebab jadi kotor. 

"Kalau dari kecil memang bela kucing dalam rumah ajar berak dalam tandas takdelah kotor,” tanya netizen.


Menurut Dr Maza, cerita mengenai kucing Rasulullah bernama Muezza itu tidak benar!

Pertanyaan itu dijawab ringkas oleh Dr MAZA dengan mengatakan ia tidak benar.

Semoga penjelasan ini dapat merungkai segala persoalan mengenai kucing kesayangan Rasulullah. Apa yang pasti, Rasulullah menyayangi semua haiwan dan makhluk Allah SWT yang lain.

Sementara itu, persoalan mengenai kucing kesayangan Rasulullah SAW pernah diulas dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan mendapati tiada satu riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW memiliki dan membela seekor kucing dengan nama tersebut.

Bahkan kebanyakan kisah Rasulullah SAW bersama kucing adalah tidak ada asalnya di dalam kitab-kitab yang muktabar, meskipun ia masyhur kedengaran. - KitaReporters

73
14
14
7
16
You will be interested