Gaya 26 Jun, 2020

Isteri pelakon! Tak jadi halangan Normaziah bantu masyarakat

@mohammad ishak
Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin, di Hulu

Share this

BIARPUN bergelar isteri artis, namun hati dan perasaaanya tetap ingin mendampingi masyarakat kampung terutama membantu golongan yang memerlukan bantuan ketika dalam kesusahan. Program bersama komuniti amat menyentuh perasaan apabila suasana kehidupan masyarakat luar bandar yang hidup dalam keadaan daif dan tinggal di rumah buruk serta usang. : KitaReporters

Datuk Normaziah (tengah) pada majlis pelancaran pengagihan bekalan makanan kepada komuniti Besut di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih,Terengganu

Pengalaman mendekati orang kampung banyak memberi keinsafan dan terpanggil untuk terus berbakti dan menyumbang tenaga dan melapangkan waktu sekadar termampu supaya sama-sama berkongsi kesusahan.

Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed adalah antara pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sanggup turun padang untuk membantu masyakat yang memerlukan bantuan.

Datuk Normaziah Sheikh Mohamed 


Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan pada 18 Mac 2020 akibat penularan wabak COVID-19, mendorong beliau untuk menabur bakti kepada golongan rakyat yang terjejas akibat perintah berkenaan.

Isteri kepada pelakon Riezman Khu Zaimi, Normaziah atau lebih mesra dengan panggilan Azie bersyukur kerana suaminya tidak pernah menghalang beliau aktif dalam NGO terutama membantu golongan wanita.

Beliau berkata, Kelab Wanta Ikon Malaysia yang ditubuhkan pada 2015 dengan jumlah keahlian 500 orang memberi fokus kepada aktiviti berteraskan kepada pembangunan ekonomi wanita.

Datuk Normaziah Sheikh Mohamed menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal


Bagaimanapun, katanya sesuai dengan keadaan semasa berikutan PKP aktiviti masa kini pihaknya lebih banyak turun padang menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf.

Penerima bersyukur dengan sumbangan yang diterima dari Kelab Wanita Ikon Malaysia, IKHLAS dan Mahsuri Food Sdn Bhd.

Seorang penerima sumbangan gembira beliau dikunjungi Datuk Normaziah di rumahnya di Kampung Kubang Depu, Jertih.


Menerusi program cakna rakyat, pihak kelab sudah menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada 1,700 keluarga yang terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya diberi kepercayaan oleh IKHLAS, jenama baharu di bawah AirAsia.com untuk menghulurkan sumbangan kepada kumpulan yang memerlukan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kemesraan Datuk Normaziah bersama suami, pelakon Riezman Khu Zaim 


Menurutnya, fasa pertama dilaksanakan pada Ramadan 2020 lalu melibatkan empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor yang membabitkan sebanyak 1,100 pek makanan diagihkan kepada 1,100 keluarga.

“Usaha yang sama diteruskan untuk fasa kedua, ‘Derma Dengan Ikhlas’ dan Kelab Wanita Ikon Malaysia kali ini telah bekerjasama dengan Syarikat Mahsuri Food Sdn Bhd meneruskan sumbangan di tiga negeri lain.

Datuk Normaziah menyantuni warga emas di Jertih.


“Sumbangan terbaharu di tiga negeri iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula 12 Jun 2020 melibatkan seramai 600 lagi penerima,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada komuniti daerah Besut di Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Bandar Jertih, pada Khamis, 18 Jun 2020.

Turut hadir, Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin dan Pengurus Komersial Mahsuri Food Sdn Bhd, Mohd Jazri Ikmal Hijaz.

Pasangan usahawan Normaiah dan pelakon Riezman Khu Zaim  


Sementara itu, Ikhlas Kamarudin berkata, menerusi pelaksanaan kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’, lebih RM1.2 juta telah berjaya dikutip dan meskipun Ramadan sudah berakhir, pihaknya masih menjalankan aktiviti menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf dan memerlukan.

“Kami amat berbesar hati atas sumbangan dan sokongan daripada Mahsuri Food Sdn Bhd dan juga melalui kerjasama dengan Kelab Wanita Ikon Malaysia. 

"Dana yang ada telah digunakan untuk mengagihkan barang keperluan asas kepada golongan memerlukan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Jazri berkata, menerusi program itu bukan sahaja membantu orang ramai dengan pemberian barangan keperluan asas, malah pembelian barangan asas dari kedai runcit tempatan juga diharap dapat membantu industri perniagaan runcit tempatan. - KitaReporters

You will be interested

Semua masjid, surau di Selangor dibuka sepenuhnya 3 Julai!!

Sultan Selangor memberikan kebenaran kepada semua masjid dan surau di Selangor beroperasi sepenuhnya untuk solat Jumaat dan fardu bermula Jumaat, 3 Julai 2020

Isa Ramli in Gaya 4 days ago

Sebulan masuk percuma! Menara KL & Alor Setar ‘buka pintu’!

Untuk menarik semula kedatangan para pengunjung, Menara KL dan Menara Alor Setar menawarkan kemasukan percuma ke observation deck bermula 1 hingga 31 Julai 2020
Zul Akmar Jamaludin in Gaya 1 day ago

Percayalah! Aku tak panas baran! Aku suka melawak - Sharnaaz

Kalau sebut sahaja nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, pasti orang akan label beliau sebagai pelakon panas baran. Pada hal, Sharnaaz seorang yang gemar melawak
Khadijah Ibrahim in Gaya 2 days ago

2 Julai Hari Wartawan Sukan Sedunia! Cabaran dibuang kerja!

Arena kewartawanan sukan Malaysia hari ini berdepan cabaran yang sangat besar terutama gara-gara langkah pengecilan saiz tenaga kerja dan operasi syarikat media
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya 2 days ago

Kerana penangan PKP! Lahirlah produk '7 Wonders Copthorne'!!

Hotel Copthorne di Cameron Highlands dengan kerjasama rakan strategik mereka telah melancarkan '7 Wonders Copthorne' sebagai produk baru pelancongan
Ainal Marhaton Abd Ghani in Gaya 3 days ago