Seni & Sukan 05 Jun, 2021

Berita Terkini| Kondo terbakar! Kanak-kanak maut sesak nafas! Ditinggalkan berdua dengan adik!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

KEADAAN kebakaran di sebuah rumah di tingkat 19, Kondominium The Rise Collection 2, Georgetown, Pulau Pinang yang menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut akibat sesak nafas. - Kredit foto: Utusan Malaysia


SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai sesak nafas dalam kejadian kebakaran di rumahnya di tingkat 19, Kondominium The Rise Collection 2, Taman Harapan, Georgetown di Pulau Pinang pada Sabtu, 5 Jun 2021.

Mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu dilaporkan meninggal dunia selepas sejam menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikatakan sedang tidur ditinggalkan bersama seorang lagi adik lelakinya berusia empat tahun di kediaman berkenaan selepas keluar membeli keperluan rumah.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 9.05 pagi tadi dan tiba kurang 10 minit kemudian.

 “Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian mendapati api semakin marak berserta kepulan asap tebal dalam segenap ruang kediaman berkenaan dan mangsa ketika itu dibawa ibu bapa turun di tingkat bawah.

“Mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri telah menerima bantuan pernafasan oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke HPP menggunakan ambulans.

“Bagaimanapun, kita dimaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas selepas sejam menerima rawatan,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Sabtu, 5 Jun 2021.

Pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan siasatan awal mendapati punca api dikatakan dari salah sebuah bilik tidur kediaman berkenaan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

MANGSA yang berusia enam tahun dikejarkan ke hospital dan diberi pernafasan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia.

0
0
2
0
0
You will be interested