SHOLAY arahan Ramesh Sippy, filem blockbuster keluaran tahun 1975. - Kredit foto: hindustantimes.com
SHATRUGHAN SINHA. - Kredit foto: Twitter Shatrughan Sinha
JIKA aktor Shatrughan Sinha dapat menduga Sholay bakal muncul filem blockbuster, mungkin dia tidak menolak tawaran membintangi filem tersebut. Watak yang sepatutnya diberikan kepadanya kemudian ditawarkan kepada Amitabh Bachchan.
Andainya Shatrughan menerima tawaran berkenaan, dia sepatutnya memegang watak Jai, rakan baik Veeru, watak yang dibawa oleh seorang lagi aktor ternama Bollywood, Dharmendara. Namun rezeki berpihak kepada Amitabh.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bollywood
BARISAN bintang utama Sholay. Dari kiri Amitabh Bchchan, Dharmendra, Sanjeev Kumar dan Amjadi Khan. - Kredit foto: republicworld.com
Sholay diarahkan oleh pengarah tersohor Bollywood, Ramesh Sippy, dengan lakon layar oleh Salim Khan dan Javed Akhtar (Salim Javed), pasangan penulis lakon layer hebat di Bollywood.
Filem ini ditayangkan pada tahun 1975. Produser ialah G.P. Sippy, bapa Ramesh dengan muzik oleh R.D. Burman.
Selain Amitabh dan Dharmendara, nama besar lain yang membarisi filem ini ialah Sanjeev Kumar (Takhur Baldev Singh), Hema Malini (Basanti) dan Jaya Bahaduri (Radha), yang kini masing-masing merupakan isteri Dharmendara dan Amitabh dalam kehidupan sebenar. Cinta mereka dikatakan berputik ketika membintangi filem berkenaan.
Sholay juga dibintangi aktor Allahyarham Amjad Khan yang memegang watak ketua penjahat Gabbar Singh. Lakonannya begitu mengesankan sehingga mendatangkan kebencian kepada penonton.
JAYA BHADURI SEBAGAI Radha dalam Sholay. - Kredit foto: bollywoodhungama.com
HEMA MALINI sebagai Basanti dalam Sholay, kekasih Veeru. - Kredit foto: Twitter.com
Shatrughan Sinha. - Kredit foto: Bollywoodirect.com
Kejayaan besar Sholay tentunya menyentuh hati Shatrughan Sinha. Alangkah baiknya jika dia menerima tawaran Ramesh Sippy. Dia tidak menduga filem tersebut mencapai kejayaan besar dan menjulang nama Amitabh Bachchan.
Bagaimana pun dalam satu wawancara yang disiarkan melalui The Indian Express baru-baru ini, dia yang jugamenceburi politik dan pernah menjadi Ahli Parlimen, tidak menyesal menolak tawaran berkenaan dan menganggap ia adalah rezeki Amitabh.
Kredit foto: republicworld.com
Dia menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘kesilapana manusia’ atau human error. Dia mengakui Ramesh Sippy adalah pengarah hebat dan sering kali mengarahkan filem box-office. Berlakon di bawah arahannya adalah satu penghormatan.
Bagi Shatrughan, Sholay adalah satu lagi kejayaan besar Ramesh. Bukan sahaja ia menjadi filem blockbuster tetapi juga mendapat pujian dan sanjungan daripada pembuat filem terkenal dunia seperti Bharat Ratna dan Satyajit Ray.
Menurut Shatrughan, sewaktu menerima tawaran Sholay, dia sedang sibuk menjalani penggambaran untuk beberapa filem lain. Kerana kekangan waktu dia tidak dapat menerima tawaran yang diberi.
Kredit foto: DNA India.com
Namun dia menganggap penolakannya adalah rahmat kepada Amitabh kerana ia merupakan satu kejayaan besar kepada superstar itu yang juga kawan baiknya.
Shatrughan memberitahu, kekangan masa bukan masalah yang dihadapinya seorang, tetapi ramai pelakon lain.
Misalnya Amitabh Bachchan sendiri yang pernah menolak membintangi Kali Charan. Juga Rajesh Khanna, Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Sunny Deol, masing-masing pernah menolak membintangi filem tertentu kerana jadual ketat.
Kredit foto: Rotten Tomatoes
Untuk
rekod, Shatrughan telah membintangi berpuluh-puluh buah filem, termasuk filem box
office seperti Kaala Patthar bersama Amitabh Bachchan dan Shashi
Kapoor; Aa Gale Lag Ja bersama Shashi Kapoor dan Sharmila Tagore; Shaan
bersama Shashi Kapoor, Rakhee dan Amitabh Bachchan; Naseeb bersama
Amitabh Bachchan dan Hema Malini; Dostana bersama Amitabh Bachchan dan
Zeenat Aman.
Jika
diteliti nyata Shatrughan Sinha banyak berlakon dengan Amitabh Bachchan dan
Shahshi Kapoor dalam beberapa filem box-office. Antara filem lain lakonan
Sharughan ialah Jaani Dushman, Muqabla, Mere Apnee, Ilzam, Kalicharan,
LohaJaani Dushman dan banyak lagi.
Bakat Shatrughan, yang berkahwin dengan Poonam Sinha pada 1980, diwarisi seorang anaknya, Sonakshi Sinha, yang juga antara bintang popular di Bollywood masa kini.
ADEGAN cemas dalam Sholay apabila Gabbar Singh (Amjad Khan) memotong kedua-belah tangan Thakur Baldev Singh (Sanjee Kumar). - Kredit foto: hindustantimes.com
Sholay mengisahkan dua bekas banduan, Jai dan Veeru, yang diupah oleh Thakur Baldev Singh, seorang pesara polis, untuk membantunya menangkap ketua penjahat Gabbar Singh yang mengancam dan membinasakan kampung di mana dia tinggal. Thakur ialah gelaran bagi orang besar dan ternama atau ketua kaum di India.
Ia juga
misi balas dendam kerana Gabbar telah membunuh seluruh ahli keluarga Thakur lanataran
ketegasannya semasa menjadi pegawai polis. Gabbar juga telah memotong kedua-dua
tangan Thakur dan kerana itu dia dendam mahu menghapuskan riwayat Gabbar.
Jai dan Veeru berjaya membunuh kesemua penjahat pengikut Gabbar. Namun dalam pertempuran berkenaan, Jai terbunuh. Gabbar Singh pula maut di tangan Thakur. - KitaReporters
Shatrughan Sinha (tengah) dan keluarganya. - Kredit foto: pinkvilla.com