Seni & Sukan 05 Oct, 2021

Gembira dalam kecewa! Guru wanita jadi kepala sekolah (pengetua)! Tapi di sekolah tidak wujud!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

RASNI Jubaidi Bone Agus yang dinaikkan pangkat sebagai kepala sekolah (pengetua) ditugaskan mengajar di SD Negeri Kecil Warukapas yang tdak wujud di Minahasa Utara, Sulawesi Utara. - Kredit foto: Tribunnews.com 


GEMBIRA dalam kecewa apabila seorang guru wanita di Kabubapen Minahasa Utara, Sulawesi Utara yang dinaikkan pangkat sebagai kepala sekolah (pengetua) menjadi viral dalam media sosial apabila guru itu ditugaskan mengajar di sebuah sekolah yang tidak wujud dalam senarai Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. 

Guru wanita terbabit, Rasni Jubaidi Bone Agus yang sebelum itu bertugas di Sekolah Dasar (SD) Inpres Klabat kemudian diberi tugas baharu sebagai kepala sekolah di SD Negeri Kecil Warukapas di Kecamatan Dimembe, Minahasa Utara pada 27 September 2021.

Hampa serta kecewa Rasni dengan kenaikan pangkat sebagai kepala sekolah itu kerana dia ditugaskan berkhidmat di sebuah nama sekolah tersebut tidak pernah wujud di daerah Minahasa Utara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengetua



Awalnya betapa gembira hati Rasni dengan pelantikan sebagai kepala sekolah itu tetapi akhirnya dia menjadi kecewa setelah mengetahui bahawa sekolah baru sebagai tempat bertugas itu tiada di daerah terbabit. 

``Saya merasa dipermalukan tetapi apa boleh keadaan sedemikan sudah terjadi saya terima dengan hati yang terbuka tetapi kenaikan pangkat sebagai kepala sekolah itu bukanlah kehendak saya atau saya tak pernah memohon jawatan itu,’’ kata Rasni pada 1 Oktober 2021.

Dipetik laporan Tribun Wow pada 2 Oktober 2021 melaporkan berikutan dengan masalah itu, Rasni mengaku sudah melaporkan ke Badan Kepegawaian, Pendidikan dan Perlatihan (BKPP) Minahasa Utara

Menurut Rasni, pihak badan itu berjanji akan  mengatasi masalah itu dan untuk sementara waktu itu Rasni hendaklah bertugas di sekolah yang lama dahulu.


RASNI yang dijemput hadir di majlis angkat sumpah sebagai kepala sekolah di JG Center MInahasa Utara. - Kredit foto: Tribunnews.com


Kredit Foto : Tribunnews.com


Masalah tersebut menjadi viral dala, media sosial pada 29 September 2021 yang ditularkan oleh anak Rasni, @azamwonggo dengan memaparkan beberapa keping gambar ibunya termasuk ketika Rasni hadir pada majlis mengangkat sumpah kepala sekolah di JG Center Minahasa Utara.

``Sedikit cerita dari saya tentang ibu saya malam tadi. Ceritanya begini, ibu saya ditelefon untuk mengikuti pelantikan sekali gus mengangkat sumpah kepala sekolah baru di JG Center Minahasa Utara pada 27 September 2021,’’ kata @azamwonggo dalam akaun Instagramnya.

Namun setelah dilantik menjadi kepala sekolah, sekolah yang ditunjukkan oleh BKPP Minahasa untuk ditugaskan ibunya mengajar di SD Negeri Kecil, Warukapas sememangnya tidak ada di daerah berkenaan.

Menurut @azamwonggo, Rasni telah menjawat jawatan guru selama 35 tahun dan mempunyai kelulusan Sarjana Golongan IV A/Pembina. Sepanjang tempoh dalam bidang pendidikan itu, Rasni pernah pernah mengajar di kelas 6 selama 30 tahun dan lima tahun di kelas 1.

``Kami sekeluarga menuntut keadilan kerana menurut kami itu adalah satu penghinaan kepada seorang guru dan kami meminta kepada pemerintah untuk segera memproses (mengambil tindakan) pihak-pihak yang terkait dengan kejadian ini,’’ kata @azamwonggo dalam postingnya.



Sementara itu, Ketua BKPP Minahasa Utara, Styvi Watupongoh berkata, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut.

Beliau mengaku kesilapan atau kekeliruan disebabkan tidak ada pemeriksaan kembali untuk perbaikan sebelum surat tawaran itu dikeluarkan.

Styvi berkata, pihaknya telah memanggil kepala sekolah terbabit dengan mengambil langkah untuk menyelesaikan  konflik itu sudah dilakukan. - KitaReporters

12
14
0
13
0
You will be interested