Seni & Sukan 04 Apr, 2020

RAJA THAI, 20 GUNDIK 'DIKUARANTIN' DI JERMAN!!

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this
RAJA Thailand, Maha Vajiralongkorn mencetuskan lagi kontroversi apabila dilaporkan telah mengkuarantinkan dirinya di sebuah hotel mewah di sebuah bandar peranginan Alpine-Garmisch-Partebkirchen di Jerman bersama-sama 20 orang gundik. : KitaReporters

Raja Vajiralongkorn sentiasa mencetuskan kontroversi.


Jauhnya baginda membawa diri!! 

Tindakan Vajiralongkorn itu diambil selepas pengisytiharan darurat akibat wabak penyakit Koronavirus-2019 (Covid-2019) di negara Thailand selama sebulan bermula pada Khamis, 26 Mac 2020.

Vajiralongkorn, juga dikenali sebagai Rama X, telah menempah seluruh Grand Hotel Sonnenbichl selepas hotel bertaraf empat bintang itu mendapat kebenaran khas dari majlis daerah bagi membolehkannya menghabiskan waktu ‘lockdown’ di situ.

Raja Thai yang berusia 67 tahun itu menetap di hotel tersebut bukan sahaja bersama 20 orang gundik tetapi beberapa pegawai khasnya. 

Namun begitu, tidak kelihatan pula empat orang isterinya di dalam kelompok rombongan tersebut.

Berita yang semakin tular tersebut, terdahulu telah dilaporkan sebuah tabloid tempatan, The Independent.
Rata-rata hotel di wilayah Alpen Garmisch-Partenkirche kebanyakan telah ditutup, tujuannya adalah untuk mencegah penyebaran Covid-19 dan hanya Grand Hotel Sonnenbichl diberikan keizinan untuk menjadi kediaman mewah bagi raja Thailand sepanjang tempoh ‘lockdown’.

Hotel mewah, Grand Hotel Sonnenbichl, menjadi "kediaman" Raja Thailand selama sebulan.  - Kredit foto: travelweekly.com


Dalam tempoh kuarantin tersebut, Rama X telah menyatakan hasrat mengadakan parti secara besar-besaran, namun terpaksa melupakan rancangan tersebut kerana sebahagian daripada anggota rombongannya terpaksa pulang ke Thailand.

Sementara itu, berdasarkan beberapa ciapan netizen dalam laman sosial Twitter, berita raja Thai dikuarantin di Jerman tidak disambut baik oleh rakyatnya.
Rakyat Thailand mula mempertikaikan tindakan Rama X itu yang telah bercuti ketika negara sedang berperang dengan wabak pandemik.
Berita tersebut semakin tular di negara Thailand, sekali gus terhasil tanda pagar atau hashtag (#) dalam bahasa Thailand yang membawa maksud “mengapa kita memerlukan seorang raja?”

Tanda pagar itu mula trending sebanyak 1.2 juta kali dalam laman Twitter dalam masa 24 jam selepas seorang aktivis Thailand mendakwa Rama X sedang bersuka-ria di luar negara dan membiarkan rakyatnya menderita berperang dengan wabak penyakit.

Namun begitu, di bawah undang-undang Thailand, sesiapa yang menghina atau mengkritik monarki boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun.

Setakat Jumaat, 3 April 2020, Thailand mencatatkan hampir 2,000 kes positif Covid-19, manakala angka korban adalah 19 orang. - KitaReporters

Kredit foto: FB https://www.facebook.com/CovidThaiFACT/

2
1
0
0
0
You will be interested