PADA ketika ini, ribuan petugas barisan hadapan (frontliners) dianggap wira negara kerana dengan penuh kesungguhan serta tanggungjawab membantu membanteras penularan Covid-19. Sumbangan besar mereka perlu dihargai oleh orang ramai. Dan kita ada cara. : KitaReporters
Justeru, pelakon Hans Isaac, 48, menyeru orang ramai menyalakan flashlight telefon bimbit serentak selama setengah jam mulai jam 9 malam ini (Jumaat, 3 April 2020) sebagai penghargaan simbolik kepada petugas barisan hadapan yang berjuang melawan penularan wabak Covid-19.
Kredit: IG Hans Isaac (https://www.instagram.com/hansisaac/)
“Waktu seluruh rakyat Malaysia duduk di rumah, sekumpulan besar wira negara sedang bekerja tanpa henti untuk memastikan kita selamat.
"Mereka terdiri daripada pasukan-pasukan perubatan, keselamatan, pekerja penghantaran makanan dan barang keperluan, pekerja premis makanan, wartawan, pemungut sampah dan lain."
"Barisan hadapan ini adalah cahaya negara kita.
“Sebagai tanda penghargaan, ayuh kita tampilkan semangat setiakawan dengan pejuang-pejuang ni sambil berada di rumah,” katanya dalam IG-nya (https://www.instagram.com/hansisaac/).
Kata Hans, bermula jam 9 malam hingga 9.30 malam, rakyat Malaysia boleh menunjukkan tanda sokongan mereka dengan :
- Nyalakan ‘flashlight’ telefon dari balkoni, anjung atau dalam rumah
- Ambil gambar dan rakam video
- Share gambar dan video dalam media social dengan #TQFrontlinerspada 9:00 malam – 9:30 malam, Jumaat, 3hb April 2020
Hans mengakhiri seruannya itu dengan menggesa agar semua penduduk negara ini kekal duduk di rumah.
“Ingat, kekal #dudukrumah jangan keluar. Jaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Sementara itu, @idiezakaria dalam memberi reaksi terhadap posting itu dalam Instagram menjelaskan: "artis2 thai buat tiap2 malam. at 8pm they all will stand at balcony and clap hand sebagai tanda terim kasih to the frontliners." - KitaReporters