Seni & Sukan 03 Nov, 2021

Tolong kami! Bantu tahfiz anak-anak asnaf! Perlukan keluarga angkat! Taja pengajian al-Quran!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Melahirkan generasi hafal dan bijak al-Quran. - Kredit gambar: Pkuf.


PERTUBUHAN Kebajikan Ukhwah Fillah (Pkuf) yang beroperasi di Rawang, Selangor membuka sebuah lagi pondok tahfiz khas untuk remaja lelaki - Tahfiz Daurah Baitul Jannah dengan mengutamakan anak-anak asnaf yang berumur 6 hingga 17 tahun yang sudah pun memulakan penggal pengajian akademik dan al-Quran pada  awal November 2021.

Pengerusi Pkuf, Murniati Usman @ Umi Ati berkata berkata ini setakat ini sudah 20 pelajar lelaki mendaftar di tahfiz berkenaan.

Pkuf menjangkakan bilangan pelajar itu dijangka bertambah pada awal tahun depan (2022) kerana sudah banyak pertanyaan diterima daripada keluarga di sekitar Rawang untuk menghantar anak-anak mereka ke daurah itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pkuf

Umi Ati kanan sudah berjaya buka pondok tahfiz untuk anak-anak gadis remaja.


Sebelum ini, Pkuf sudah menubuhkan tahfiz yang sama tetapi terbuka untuk anak-anak gadis yang kini sudah mempunyai 30 pelajar yang belajar secara berulang alik dan bagi yang tinggal jauh akan ditempatkan di asrama. 

"Semua yang belajar di sini adalah secara percuma. Kami membiayai makanan, seragam jubah dan kemudahan asrama kerana mereka berasal dari keluarga yang susah yang sebahagian besarnya penghijrah.

"Kami sedang mencari keluarga angkat yang sudi menaja anak-anak ini belajar daripada keperluan pakaian, peralatan menulis dan tambang bas. Jika ada yang mahu menginfak kenderaan sangat dialu-alukan," katanya.



Sekarang, katanya, Pkut mendapat tajaan peribadi dan bergantung kepada penginfak berkala serta sumbangan kecil hasil daripada keuntungan perniagaan yang diusahakan oleh Murnati Ummu Enterprise (MUE) yang mempunyai kedai runcit serta ejen khidmat membersihkan rumah, pejabat dan ruang perniagaan.

Sehubungan itu, kata Umi Ati pelajar itu sangat memerlukan jubah untuk keperluan pembelajaran harian mereka. Besar harapan Pkuf untuk mendapatkan bantuan segera seragam jubah itu sama ada yang baru atau terpakai untuk keceriaan kelas.

"Kami ada 30 pelajar yang dan setiap seorang memerlukan sekurang-kurangnya dua jubah putih. Pkuf membelanjakan hampir RM12,000 sebulan untuk membayar sewa pusat tahfiz untuk lelaki dan wanita, elaun ustazah dan ustazah, bil elektrik dan air serta keperluan semasa," katanya.


Anak-anak syurga sedang mendalami al-Quran.


Sehubungan itu, katanya, Pkuf mengharapkan sumbangan umat Islam terutama penginfak budiman di negara ini bagi membantu usahanya mendidik anak-anak menjadi warga yang mempunyai sekurang-kurangnya mahir membaca al-Quran, menulis dan membaca serta mengira secara asas utama untuk mereka berdikari.

"Kami juga memerlukan jubah untuk anak-anak gadis di tahfiz yang sama. Kami sangat memerlukan keperluan barangan dapur termasuk beras, telur, gula dan biskut kerana anak-anak di sini ditaja makan dan minum secara percuma. Ramai ibu bapa bekerja sebagai buruh kontrak dan tukang cuci rumah yang seringkali kekurangan wang untuk membayar yuran dan tambang pengangkutan.

"Pkuf menyediakan khidmat kerja rencam untuk mengubah suai rumah, paip bocor atau elekrtik, pembekal keperluan barangan keperluan restoran dan orang perseorangan dan pakaian terpakai untuk mengisi dana," tambahnya.



Malah Pkuf turut membiayai tiga tahfiz di negara ini dan beberapa pondok pengajian yang sama di Lombok, Indonesia dengan kerjasama Yayasan Pkuf Lombok

Pkuf membiayai kemudahan tahfiz di Lombok dan bayar elaun ustazah dan ustaz. Pkuf juga sedang mencari dana untuk mengubah suai pusat tahfiz di Lombok yang kebanyakan dibuat menggunakan dinding buluh dan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

"Pkuf menerima permintaan daripada warga Lombok yang kehilangan harta benda dalam bencana gempa bumi untuk mula membina semula kemudahan asas di pulau itu terutama pondok pengajian akademik dan agama," katanya.



Pkuf telah memulakan tahfiz itu bermula di bawah pokok pisang berhampiran kedai runcitnya dan selepas melalui pelbagai usaha, Pkuf kemudian berhasil menyediakan tahfiz khas untuk anak-anak gadis. Mereka adalah 'warga negara ini tetapi tidak mempunyai dokumen sah kerana ibu bapa adalah pendatang dari Indonesia dan Filipina

Tahun lalu (2020) selepas melihat kejayaan itu, ibu bapa mula meminta Pkuf menyediakan tahfiz untuk anak-anak lelaki mereka yang tidak dapat didaftarkan ke sekolah kerajaan. 

"Kalau Pkuf tidak mengambil usaha menyediakan tahfiz ini, ramai remaja di kawasan yang terkenal sebagai "flat putih"  terbabit dalam gejala tidak bermoral termasuk menyertai kumpulan remaja bermasalah, judi, samseng dan menyusahkan masyarakat

"Sekiranya mereka tidak mendapat menimba ilmu akademik, sekurang-kurangnya mereka belajar al-Quran untuk membimbing mereka memiliki peribadi yang baik," katanya yang memberitahu Pkuf turut menyediakan khidmat anak-anak tahfiz itu untuk majlis tahlil, doa selamat dan majlis marhaban di sekitar Rawang.



Sehubungan itu, Umi Ati memohon orang ramai yang ingin menyumbang kepada Dana Pkuf itu dengan memilih untuk perkhidmatan berikut dan sebanyak 10 peratus daripada bayaran yang dikenakan itu dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.

➡ Pembantu Rumah

➡ Cuci Rumah & Pejabat

➡ Menjual berbagai-bagai pistol sanitizer dengan harga yang bermula dari RM22.

➡ Hamper jualan bàrang asas untuk infak bermula dari RM30 satu set 

➡ Pemborong makanan ringan 

➡ Kerja ubah suai rumah, elekrtik dan kimpalan.

➡ Jualan barangan runcit 

➡ Hibah/Takaful

➡ Menjual prodak kesehatan /kecantikkan 

➡ Bundle 

➡ Menjual berbagai ikan dan daging pekasam dengan harga yang murah 

➡ mengambil tempahan berbagai jenis  makan untuk kenduri atau infaq 

➡ dan lain lain.

Pkuf turut menyediakan penghantaran tukang cuci, barang runcit, pistol sanitzer sampai di depan rumah anda di  www.wasap.my/60166535632. KitaReporters

15
9
0
13
0
You will be interested