Seni & Sukan 29 Dec, 2020

Kes mahkamah! Ditolak stesen TV! Amar Asyraf nak jadi positif

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

SEMUA insan melakukan kesalahan. Tiada insan yang sempurna. Namun, itu tidak bermaksud kita jadikan ia alasan untuk terus berbuat salah dan tidak berubah. Dalam menilai seseorang, kita tidak melihat masa lalunya tetapi melihat siapa dia hari ini. Andai sedar telah melakukan kesalahan, cepat-cepatlah berubah sebelum terlambat. : KitaReporters


Amar mahu menjadi manusia yang lebih positif selepas ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kontroversi:

https://kitareporters.com/search?search=kontroversi


Allah SWT itu Maha Penyayang dan Pengampun. Sesiapa sahaja boleh berubah dan bertaubat. Baik orang biasa atau orang ternama dan dikenali. Malah, artis juga tidak terkecuali.

Menyebut tentang dunia artis, ia tidaklah sentiasa indah seperti yang disangka ramai. Golongan artis juga ada masalah dan bergelut dengan masalah yang dihadapi. Lebih perit, ia mudah diketahui ramai kerana mereka ada figura umum. 

Antara artis yang terpalit dengan masalah dan pelbagai kontroversi ialah pelakon kacak, Amar Asyraf.  Terbaharu, bapa kepada dua orang anak ini meluahkan perasaannya dalam media sosial mengenai apa yang terjadi dalam hidupnya sepanjang tahun 2020. 



Buah hati Amar, Taufiq dan Dian.


Menurut Amar, baginya tahun 2020 adalah tahun yang paling mencabar dalam hidupnya.

“2020 adalah tahun yang paling mencabar. Saya rasa kehilangan, marah, geram dan rasa seperti berjuang sendirian. Geram dengan kegagalan sendiri tapi tak buat apa-apa dan tak mampu buat apa-apa untuk ubah hidup sendiri.

“Bukan salah siapa siapa tapi salah diri sendiri. Duit tak cukup, kes mahkamah syariah, nama kena tolak dengan stesen, impulse buying sebab tekanan dan macam-macam lagi. Semuanya salah diri sendiri. Bukan salah sesiapa. Bukan salah Arna (isteri) atau sesiapa pun. Salah saya. Saya yang menyusahkan orang.

“Saya sakiti keluarga, kawan, mama dan abah, Arna, Taifiq dan Dian. Setiap orang yang berada di sekeliling saya. Saya telah menyakiti mereka dengan tingkah laku saya yang tidak baik.

“Saya gagal menjadi lelaki yang baik bertahun lamanya. Saya tertekan hingga makan banyak dan tidak menjaga kesihatan. Saya merokok begitu banyak. Saya biarkan ego saya menang.


Amar bersama isteri yang setia di sampingnya, Arna Salleh.


“Malah saya tanya kepada Allah SWT, kenapa saya? Mengapa ini berlaku kepada saya? Namun saya tidak melakukan apa-apa. Saya membiarkan diri saya tenggelam dalam aura negatif dan terus mengecewakan orang yang saya sayangi.

“Saya rasa sangat teruk dengan dunia. Saya rasa semuanya tidak adil. Padahal yang berlaku tidak adil itu adalah diri saya sendiri. Saya yang merosakkan diri sendiri.

“Saya membiarkan diri saya dikelilingi oleh perkara negatif. Saya ada beberapa peluang untuk berjaya dalam hidup dengan sifar peratus orang yang boleh merosakkannya tetapi saya berjaya merosakkannya sendiri.

“Saya tidak kenal diri saya. Saya tidak kenal siapa diri saya lagi. Saya benar-benar merasa kehilangan. Namun, saya tidak berusaha untuk meminta pertolongan. Maaf kerana telah mengecewakan banyak orang. Saya sangat menyesal.

“Saya minta maaf. Ini taman yang tak berbela lalu tumbuh meliar penuh yang kasar lagi kotor. Saya mahu ubah hidup saya. Saya mahu jadi positif. Sudah tiba masanya untuk mencari diri saya dan mengenal diri sendiri. Hanya saya yang mampu ubah hidup saya. Bukan orang lain. Saya nak anak-anak ada masa depan yang lebih baik daripada saya. Untuk Taufiq dan Dian,” luah Amar.



Sementara itu, rakan-rakan seperjuangan turut memberi sokongan kepada Amar seperti Puteri Sarah Liyana, Iswan Ismail, Zoey Rahman, Ungku Hariz dan Mimi Ernida.

“Teruskan bertahan! Perkara yang lebih baik akan datang kepada awak, insya-Allah. Ingat, perkara baik datang kepada mereka yang menunggu! Janji jangan lupa Allah,” ucap Puteri Sarah.


Sebelum ini Amar terpalit dengan kontroversi antaranya ialah hal rumah tangga dan perkahwinannya. Pada awal tahun 2020 Amar telah menceraikan isteri keduanya iaitu Vivy Jeffry.

Malah, sebelum kes perceraian tersebut, Amar terlibat dengan satu kontroversi yang agak menggemparkan apabila percubaannya untuk memiliki tiga isteri tidak kesampaian apabila kekasihnya ketika itu, Ellika Azman mendapat tahu rahsia tersebut.

Kini Amar hanya mempunyai seorang isteri iaitu Arna Salleh dan dua orang anak hasil perkahwinan mereka pada tahun 2013. Semoga niat baik Amar itu dipermudahkan oleh Allah SWT. - KitaReporters

2
0
0
0
1
You will be interested