Seni & Sukan 04 Aug, 2020

Syabas Aizat! Me Me We gabung 8 artis Asia hadapi COVID-19!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Benar kata hikmah, apabila dihimpit gelombang ujian sepert pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia contohnya, pasti ada nikmat di sebaliknya. Dan dunia hiburan buat pertama kalinya menyaksikan gabungan lapan barisan artis terkenal dari enam buah benua Asia berbeza disatukan dalam sebuah lagu Inggeris berjudul ‘Me Me We’. : KitaReporters




Kolaborasi tersebut dilakukan dengan tujuan menyampaikan mesej positif dan penuh harapan kepada mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia.

Barisan artis yang terlibat terdiri daripada penyanyi Ailee dan Ravi bersama dengan kumpulan K-Pop yang sedang mencipta nama iaitu NewKidd, mewakili Korea Selatan; Rahmania Astrini (penyanyi R&B wanita dari Indonesia); Chillies (band popular dari Vietnam), PAAM (penyanyi wanita dari Thailand) dan Quest (penyanyi popular dari Filipina).

Negara kita Malaysia mengetengahkan penyanyi dan komposer prolifik, Aizat Amdan menyertai gabungan artis dari 6 negara terbabit. Aizat dalam laman Instagramnya turut tidak ketinggalan mempromosikan lagu tersebut seraya berkata, "Mari  fokus kepada perkara yang boleh kita ubah sekarang."


Kredit video dan foto: IG @aizatamdan


Diterbitkan oleh MZMC yang sebelum ini dikenali dengan penghasilan lagu hits K-Pop seperti lagu “Ko Ko Bop’, ‘Tempo’ dan ‘Love Shot’ nyanyian kumpulan EXO, single ‘Me Me We’ ini dirakamkan oleh artis-artis terlibat di studio negara masing-masing. 

MZMC juga pernah bekerjasama dengan kumpulan artis popular lain seperti Red Velvet dan Shinee, yang juga dari Korea Selatan.

Rakaman tersebut terpaksa dilakukan di studio masing-masing, waima perintah sekatan perjalanan ke luar negara tidak membenarkan mereka bertemu dan berkumpul.

Sebaik rakaman semua selesai, nyanyian mereka kemudian disatukan menjadi karya ‘Me Me We’ yang kini boleh didengar melalui video muzik rasminya dalam saluran YouTube Warner Music Korea mahupun dalam platform muzik digital.

Dengan gabungan suara dari enam dunia yang berbeza berkenaan, lagu ‘Me Me We’ dipercayai mampu untuk menyatukan khalayak ataupun penonton global dan setidak-tidaknya dapat menghiburkan mereka kala berdepan perintah kawalan oleh setiap negara terbabit.

Jom kita layan lagu muzik video ini.... - KitaReporters


Kredit foto: juiceonline.com

1
0
0
0
0
You will be interested