/
Tanpa deruan gosip, Nur Heliza Helmi, 35, yang merupakan penyanyi yang kini aktif dengan kerja kemanusiaan menamatkan kehidupan solonya pada hari pertama tahun 2022.
Heliza memilih seorang usahawan bertaraf jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 38, sebagai pasangan hidupnya. Heliza kini bergelar Datin Seri.
Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 10 pagi, Sabtu, 1 Januari 2022.
Difaham kedua-duanya sudah lama berkenalan tetapi hubungan mereka disembunyikan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Heliza Helmi
/
Pendakwah bebas, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff dalam hantaran dalam laman Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan yang berlangsung.
"Tahniah kedua adinda saya kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian. Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan. Esok kita jumpa ya," katanya.
Heliza dan Mahadi memperlihat simbol cinta selepas selamat diijab kabul.
Mahadi yang berasal dari Pulau Pinang ini turut terlibat melakukan pelbagai kegiatan kemanusiaan yang menjadi penyebab hubungan dengan Heliza menjadi rapat.
Dalam sebuah rencana, Mahadi dikatakan mempunyai pendapatan melebihi Perdana Menteri Malaysia pada usia baru 21 tahun dan kemudian menjadi antara orang Malaysia yang mampu menjadi jutawan pada usia muda.
/
Sementara Heliza pula pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan beberapa selebriti antaranya penyanyi dan pencipta lagu, Hafiz Hamidun. - KitaReporters
/
Nama Mahadi tular pada tahun 2017 apabila menghias kereta Jaguarnya dengan 4,600 kereta mainan Hot Wheels.