Seni & Sukan 23 Apr, 2022

Video| Suami beraya sakan! Bawa 4 isterinya, 13 anak belanja baju raya! Macam company trip pulak!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


BAGI keluarga yang kecil mungkin tidak menjadi masalah ketika membuat persiapan terhadap isteri serta anak-anaknya seperti pakaian baju raya serta kuih-muih untuk menyambut hari lembaran yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Namun, ia agak mengagumkan serta teruja yang dipercayai sukar dilakukan oleh orang lain apabila seorang lelaki membawa empat isterinya dan 13 anaknya untuk membeli belah di sebuah gedung pakaian Jakel tanpa dinyatakan lokasinya, baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan keluarga poligami


Viral sebuah video dalam media sosial yang memperlihatkan seorang suami yang membawa empat isteri serta anak-anaknya untuk membeli pakaian raya di gedung berkenaan.

Video tersebut dimuat naik oleh akaun TikTok @fazlin775 pada 18 April 2022 lalu yang menayangkan satu keluarga besar berbelanja sakan sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal hadir tidak lama lagi.




Dalam postingnya, Fazlin menulis, “Asalammualaikum… Bila aku bawa 13 orang anak 4 orang isteri pergi Jakel beli baju-baju raya dah macam trip company jalan-jalan (Jika kamu membawa 13 orang anak 4 isteri pergi membeli baju lebaran, sudah seperti trip syarikat jalan-jalan.’’ 

Menerusi kapsyen video yang dikongsikan itu, Fazlin secara berseloroh mengatakan bahawa dia seolah-olah seperti mengadakan satu lawatan syarikat setelah keluar bersama keluarganya pada hari tersebut yang mempunyai anak-anaknya semakin membesar.

Kebanyakan netizen merasa kagum terhadap lelaki itu yang mampu menguruskan keempat-empat isterinya secara adil dan saksama apabila membeli pakaian raya mereka keluar bersama dengan membawa semua anak mereka.



Bermadu atau berkahwin lebih daripada satu isteri tidak menjadi salah di sisi agama Islam tetapi suami hendaklah bertanggungjawab serta berlaku adil terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya.  

Video berkenaan telah ditonton seramai lebih 1.2 juta penonton dan mendapat 77 ribu suka daripada pengguna TikTok selain 3,000 komentar daripada netizen.

“Jangan ada yang tertinggal udah ler,’’ tulis netizen.

 “Ini dikatakan adil semua merasakan shoping di Jakel,’’ kata netizen. - KitaReporters



21
12
0
9
0
You will be interested