Seni & Sukan 15 Apr, 2022

Video| Dulu Cinta Terakhir, kini Cinta Sejati! Karya terbaharu Aiman Sidek! Berduet dengan adik!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


SELEPAS menghasilkan debut single influencer TikTok pada awal tahun 2022 ini yang berjaya mencapai hampir setengah juta tontonan dalam YouTube 4U Entertainment, Aiman Sidek sekali lagi menghasilkan karya terbaharunya yang dilancarkan minggu lepas yang diberi tajuk, Cinta Sejati. 

Lagu Cinta Sejati merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang popular dengan single Cinta Terakhir yang pernah meraih lebih 10  juta tontonan dalam YouTube sejak lebih sedekad yang lalu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan single terbaharu



Diterbitkan oleh 4U Entertainment, Cinta Sejati dirakamkan secara duet bersama adik kandungnya sendiri, Alin Sidek, yang membuat penampilan sulungnya dalam industri muzik tanah air.  

Menurut Aiman, dalam satu kenyataan media, “Cinta Sejati mengisahkan tentang cabaran dan dugaan dalam mencari erti cinta sebenar yang tidak dapat ditukar ganti. Saya berharap nukilan ikhlas  dari hati ini dapat dirasai oleh pendengar-pendengar dan pencinta muzik tanah air.” 

Rata-rata pendengar memberikan maklum balas yang baik dan teruja berkenaan lagu yang dikatakan mempunyai vibe dan feel lagu-lagu hits dari seberang seperti karya -arya nukilan dan nyanyian artis hebat Indonesia seperti Melly Goeslow, Irwansyah dan lain-lain.  



Sejak dilancarkan pada 1 April 2022 yang lalu, jumlah tontonan dalam channel YouTube 4U Entertainment telah mencecah lebih 300,000 tontonan, selain tersenarai dalam carta trending dalam Youtube selama lebih seminggu dengan pencapaian terbaik pada tangga  ke-8. 

Lagu Cinta Sejati juga telah mendapatkan lebih 10,000 perkongsian dalam TikTok dengan anggaran jumlah tontonan lebih 10 juta sebelum ia dilancarkan pada 1 April yang lalu, selain perkongsian yang aktif dalam platform-platform media sosial yang  lain seperti Instagram, Facebook dan WhatsApp.  

Lagu ini juga bakal menjadi OST telefilem Itulah Takdirnya yang akan bersiaran dalam masa terdekat serta telah mendapat perhatian beberapa drama dan telefilem yang lain, dan dalam perbincangan untuk bekerjasama. - KitaReporters


11
18
0
17
0
You will be interested