Seni & Sukan 30 Apr, 2022

Video| Jemaah masjid hilang selipar, kasut, basikal, motosikal? Pengurusan akan ganti semula!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Kredit foto: news.detik.com


MASJID Jogokariyan, Kota Yogyakarta merupakan salah satu masjid yang bersejarah di Indonesia yang sering dikunjungi para pelancong tempatan atau luar negara tanpa mengira waktu terutama pada bulan puasa yang mulia ini. 

Lantarannya, ramai pengunjung yang mengimarahkan masjid itu sepanjang bulan Ramadan 1443 Hijrah ini dan ada dalam kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk berbuka puasa di masjid tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik mengenai 


Kredit foto: pinhome.id


Namun di sebalik pencapaian Masjid Jogokariyan yang penuh bersejarah itu, ia juga menjadi tumpuan orang ramai akibat terpikat keunikan serta reka bentuk yang tersendiri terdapat pula keistimewaan pihak pengurusan masjid berkenaan yang sentiasa bertangunggjawab tentang keselamatan barangan para jemaah yang menunaikan solat di masjid itu.

Bagi para pengunjung yang datang mendirikan solat di masjid itu mereka  sudah pasti dapat mengerjakan amal ibadat mereka dengan penuh khusyuk dan sempurna kerana mereka tidak perlu bimbang apa-apa lagi.

Sekiranya berlaku kehilangan harta benda seperti kasut, selipar, basikal dan motosikal ketika mereka sedang menunaikan solat di masjid itu maka pihak pengurusan Masjid Jogokariyan akan mengantikan semula barang-barang yang hilang (dicuri oleh orang) itu kepada mereka yang terlibat.



Portal Merdeka.com pada 27 April 2022 dipetik melaporkan, para jemaah yang mendirikan solat di masjid itu tidak perlu bimbang lagi kerana jika ditakdirkan barangan mereka hilang akan digantikan semula oleh pihak Masjid Jogokariyan yang dipercayai tidak pernah dilakukan oleh pengurusan masjid-masjid lain berbuat demikian.

Walaupun sebahagian besar orang ramai setiap kali datang ke masjid tidak mahu kehilangan sesuatu barang yang berharga kepunyaannya.

Namun, kejadian kecurian di masjid di merata tempat sering kali terjadi kerana ada para jemaah yang berpura-pura datang ke masjid dengan mempunyai niat yang tidak baik untuk mencuri barangan orang lain.



Dalam hal ini, orang ramai tidak perlu khuatir lagi jika mereka berkunjung di Masjid Jogokariyan kerana setiap barang mereka yang hilang atau dicuri orang lain semasa mereka berada di masjid itu akan digantikan semula barang-barang  yang hilang itu oleh pihak pengurusan Masjid Jogkariyan.

“Jemaah di masjid ini jika kehilangan sandal, handphone, motor dan lain-lain akan diganti sama oleh pihak masjid,’’ tulis dalam keterangan video yang dimuatnaikkan ke akaun Instagram @dunia-kaumhawa.

Bahkan sumbangan yang dihulurkan orang ramai setiap masa di masjid berkenaan yang terletak di Kampus Jogokariyan di Jalan Jogokariyan No 36, Kecamatan Mantirjeron, Kota Yogyakarta akan digunakan untuk tujuan itu.

Pihak masjid terbabit sejak dari dulu lagi memang bersedia mengantikan barang-barang hilang yang dilaporkan para jemaah.



Dalam pada itu, masjid tersebut juga menyediakan hidangan berbuka puasa setiap petang kepada para jemaah yang datang ke masjid itu.

“Selama Ramadan ini, ribuan jemaah ikut bukber (buka bersama) dan ada Kampung Ramadan yang menjual pelbagai jenis kuih muih, dan lain-lain lagi berdekatan dengan masjid itu,’’ katanya lagi.

Masjid Jogokariyan siap dibina pada Ogos 1967 mengandungi tiga tingkap di kawasan seluas 1,118 meter persegi.

Ia juga menganjurkan pelbagai program yang menarik termasuk Pemetaan Jemaah dan Mengundang Jemaah Ke Masjid Dengan Penuh Hormat. - KitaReporters


13
12
0
19
0
You will be interested