Seni & Sukan 21 Apr, 2022

Video| Ini Iklan Raya Baru, Tau? Filem pendek hari raya terbaharu! Bicara isu stereotaip tipikal!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Julie's Biscuits sekali lagi menangani isu peranan stereotaip dalam filem pendek hari raya terbaharu berjudul 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?'

Filem yang disiarkan mulai 20 April 2022 ini membalikkan skrip iklan yang disiarkan pada 2021 dan membincangkan stereotaip tipikal yang dilihat dalam masyarakat hari ini. 

Berlatarbelakangkan persiapan menyambut hari raya, filem iklan raya ini menjemput rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan semula definisi peranan tradisional yang stereotaip dengan melihat bagaimana jangkaan dahulu kala tidak lagi sesuai pada zaman sekarang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan iklan raya


Sedia ditonton di laman web Julie's Biscuits, 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?' akan menyaksikan pelakon Malaysia sangat disayangi, Amerul Affendi, kembali memainkan peranan sebagai 'Tuan Direktor', menurut kenyataan media pada 20 April 2022. 

Dalam iklan itu, pelakon dan kru yang berkerja dengan ‘Tuan Direktor’ seakan-akan bertekad untuk menghalang idea dan skrip yang mereka anggap stereotaip dengan menyuarakan idea-idea baharu. Situasi ini menyebabkan 'Tuan Direktor' kecewa dan gagal dalam usahanya untuk menghasilkan iklan hari raya yang diingini.  

Dalam adegan 'Kuih Mak-More', pelakon Nadiya Nisaa sanggup berani mencabar skrip dan menyoal ‘Tuan Direktor’ akan sebab mengapa dia mesti digambarkan sebagai ibu yang hiruk-pikuk untuk menunjukkan komitmennya terhadap sambutan Hari Raya.

'Ini Iklan Raya Baru, Tau?' juga menampilkan pelakon Dato' Afdlin Shauki (yang memegang watak ayah dalam 'Bila Nak Ka') bersama Mia Sara Shauki yang merupakan anak perempuannya dalam kehidupan sebenar dan pada skrin.



Peranan tradisional dalam isi rumah Malaysia semakin berubah, dan hari ini, sifat dan ciri seseorang menentukan tingkah laku dan sikap mereka, bukannya gender, latar belakang etnik, atau umur

Filem pendek ini menjemput penonton untuk mempertimbangkan perubahan dan melihat semula pandangan mereka terhadap peranan stereotaip yang ditakrifkan oleh budaya. 

"Julie's Biscuits adalah jenama yang menitikberatkan persaudaraan dan perkaitan antara satu sama lain. Kami percaya bahawa bakat, kebolehan dan idea tidak ada kaitan dengan gender. 

"Walaupun kita sebagai komuniti telah mengorak langkah progresif, masih banyak yang perlu dilakukan jika kita ingin menggubal perubahan dan mengubah pemikiran pada skala yang lebih besar. 

"Sambil kami menyambut hari raya dengan penuh keriangan dan ketawa, kami juga ingin menggalakkan orang ramai untuk meluangkan masa untuk merenung dan meneroka bagaimana mereka boleh menyebarkan mesej ini untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan, persahabatan dan kemanusiaan," ulas Tzy Horng Sai, Pengarah Julie's Biscuits dalam kenyataan tersebut.



'Ini Iklan Raya Baru, Tau ?' dihasilkan oleh syarikat Layar Lucida, rumah produksi komersial, filem pendek, siri dan video muzik dari Malaysia.  

"Dalam industri filem, saya sering melihat watak stereotaip pada skrin. Peluang untuk menghasilkan iklan ini dengan Julie’s  merupakan perubahan yang menyegarkan untuk menangani topik yang sering dibincangkan dengan rakan sebaya. 

"Ramai orang tidak sabar untuk menonton iklan bertemakan perayaan, dan ia adalah platform yang luas untuk berkongsi mesej penting. Orang ramai berasa lebih selesa apabila keriangan digunakan untuk  menyampaikan mesej bagi topik yang serius, dan saya berharap iklan ini dapat menjangkau dan bergema dengan seberapa banyak orang yang mungkin. 

"Saya amat menghargai peluang yang diberikan oleh Julie's Biscuits untuk menceritakan kisah kami dalam 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?', kata Junad M. Nor, Pengarah Filem, Layar Lucida, dalam kenyataan media yang sama.



Dalam menghasilkan 'Ini Iklan Raya Baru, Tau?', Julie's Biscuits memperbaharui kerjasamanya dengan Govt Singapore, agensi kreatif di sebalik 'The Worst Feng Shui Master' dan 'Operation Maybe.

"Meneruskan tema Hari Raya tahun lepas (2021), kami berbual secara kolektif dengan pelbagai orang mengenai stereotaip yang wujud. Kami gembira kerana dapat mendedahkan pandangan ini dan mengingatkan orang ramai bahawa kita semua memainkan peranan untuk menangani isu stereotaip. 

"Kami percaya kadang-kadang ia lebih mudah untuk membuat orang gelak untuk melihat topik sensitif yang tidak ditangani - dalam kes iklan kami, ia adalah isu stereotaip yang sering kelihatan tetapi tidak diperkatakan. Dan itulah yang selalu kami cuba sampaikan dalam karya kami dengan Julie’s Biscuits,” kongsi Alvina Seah, Pengarah Urusan, Govt Singapore, dalam kenyataan itu. - KitaReporters


14
14
0
12
0
You will be interested