Seni & Sukan 02 Apr, 2022

Video| Shuib, anak-anak janggal sambut Ramadan, Syawal! Tanpa Siti Sarah! Menangis di kuburan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

SHUIB Sepahtu, 37, berasa janggal bagi menyambut Ramadan dan Syawal tahun 2022 ini dengan menjalaninya bersama anak-anak tanpa ada arwah isteri Siti Sarah Raissuddin bersama

"Kegemaran saya pada bulan puasa adalah pajeri nanas, arwah tahu masak makanan kegemaran saya. Hendak hadapi buat pertama kali agak susah, anak-anak kekuatan saya dan mereka teruja hendak berpuasa penuh," kata pelawak dan usahawan Shuib yang kini mempersiapkan diri menyambut Ramadan bersama anak-anak buat kali pertama tanpa arwah isterinya, Siti Sarah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 ketika sarat mengandung pada 9 Ogos 2021.


Lagi cerita-cerita kehidupan berkaitan Shuib Sepahtu


Menurutnya, paling terkesan ialah ketika Aidilfitri yang hanya diraikan bersama anak-anak iaitu Uwais Alqarni, 11; Dzahira Talita Zahra, 9; Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan yang berusia tujuh bulan.

Sementara itu, Shuib atau Shahmira Muhamad mengaku sedang berkawan dengan seseorang, namun bukan dalam kalangan penggiat industri seni.

Dia bagaimanapun enggan mengulas perkara itu, sebaliknya, menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT.

"Soal sudah buka pintu hati, saya tidak boleh komen. Dalam hidup, banyak benda yang kita tak jangka berlaku, berlaku. Macam kehilangan arwah (Allahyarham Siti Sarah Raissuddin) pergi dengan mengejutkan. Jadi, saya harapkan Allah SWT berikan yang terbaik untuk saya dan anak-anak," katanya. 




Sementara itu, Shuib mengotakan janji menyiapkan rumah kepada dua mangsa kebakaran iaitu Halimah Mayin, 61, dan Siti Hawa Hamat, 72, selepas kediaman mereka hangus dalam kejadian pada 13 Februari, 2021 lalu. 

Allahyarham Siti Sarah pernah melawat kediaman yang hangus dan berjanji untuk membina rumah baru untuk mangsa

Shuib menyerahkan dua rumah baharu yang dibina kepada mangsa kebakaran di Kampung Alor Bakat, di Bachok, Kelantan baru-baru ini.


Shuib (dua dari kanan) bersama mangsa kebakaran yang menerima kunci rumah baharu mereka yang dibina Syarikat Bubblebee di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan.

Shuib menyempurnakan hajat arwah Siti Sarah yang ingin membina rumah baharu kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan.

Menurut Shuib, arwah Siti Sarah beriya-iya mahu menyiapkan rumah baharu itu dan suka melakukan kerja kerja kebajikan. 

Atas inisiatif itu, pihaknya bersama syarikat milik bersamanya Bubblebee Sdn Bhd akan menubuhkan sebuah yayasan bagi melaksanakan kerja kebajikan.

Katanya, yayasan ini akan digerakkan selepas Aidilfitri. Sepatutnya, Siti Sarah yang menjadi Yang Dipertua (YDP). Namun projek Yayasan itu tetap diterus mengikut impian Siti Sarah.


Pada Sabtu, 2 April 2022, Shuib melawat dan membersihkan kubur Siti Sarah sempena dengan ketibaan Ramadan. - KitaReporters

Shuib menziarah kubur Siti Sarah menjelang Ramadan

10
14
0
9
0
You will be interested