Seni & Sukan 13 Jun, 2021

Berita Terkini| Lelaki positif Covid-19 lari dari hospital gagal! Ditahan semula selepas 6 jam!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

LELAKI yang positif Covid-19 dan berusia 28 tahun itu dikesan hilang dari wad Perubatan Lelaki di HUS awal pagi Ahad, 13 Jun 2021.


SELEPAS kira-kira enam jam melarikan diri akhirnya seorang pesakit, yang ditahan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching dan disahkan positif Covid-19, berjaya ditahan semula di kawasan tebing Sungai Satok.

Lelaki berusia 28 tahun itu disedari hilang dari Wad Perubatan Lelaki di Tingkat 6 HUS, kira-kira 8.15 pagi, Ahad, 13 Jun 2021.

Kakitangan HUS cuba menghubungi telefon bimbit lelaki yang berasal dari Kampung Tambirat Hilir, Asajaya itu, namun gagal.

Pihak hospital kemudian terus menghubungi Balai Polis Sentral Kuching untuk mendapatkan bantuan mengesan lelaki terbabit.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, susulan maklumat itu Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menubuhkan pasukan khas untuk melancarkan Ops Kesan.

“Kami Berjaya mengesan lelaki itu di kawasan berdekatan tebing sungai di Satok kira-kira jam 2.30 petang dan sudah diserahkan semula kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

PESURUHJAYA Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya melancarkan pasukan khas Ops Kesan bagi mengesan lelaki berkenaan.

0
0
0
0
0
You will be interested