Naik bulu roma!! Ketahuilah iblis dan syaitan telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan setiap golongan anak Adam di dunia. Allah telah menjanjikan neraka yang kekal abadi untuk keturunannya (iblis) selagi tidak beriman dan kembali pada Tuhannya. Justeru itu, iblis turut berjanji untuk tidak keseorangan dalam neraka dan akan terus menerus menyesatkan anak Adam hingga hari kiamat. : KitaReporters
Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang pelawat yang dilihat kerasukan oleh entiti yang tidak pasti datangnya dari mana.
Dalam video yang berdurasi sekitar dua minit itu, kelihatan mangsa terjerit-jerit bagaikan orang hilang kawalan menendang barang-barang di sekitar kawasan katil pesakit.
Mujurlah pesakit tidak diganggu oleh wanita yang dirasuk itu seperti mengocangkan badan atau menarik wayar memandangkan pesakitnya yang uzur dan berbaring lesu.
Menerusi maklumat dari video yang dimuat naik, kejadian masih lagi tidak diketahui berlaku di mana tetapi kejadian itu turut disahkan oleh beberapa petugas kesihatan dan keselamatan yang berjaga mengawal keadaan di situ.
Keadaan sememang panik sehingga petugas keselamatan yang berjaga di situ tidak mampu untuk mententeramkan wanita yang kadangkala tertawa, menggilai dan bersedih hiba.
Bsrdasarkan dari rakaman itu, mangsa berulang kali mengaku dirinya adalah iblis sambil menggilai serta tertawa sambil mengingatkan untuk tidak bermain dengannya (iblis).
Kredit video @Jue Sparrow
Mangsa juga turut memberitahu peranannya kepada manusia selain menyesatkan anak Adam dia juga pemusnah seluruh harapan manusia.
"Aku iblis! Aku iblis! Aku dah cakap ada suatu balak (musibah) yang akan menimpanya.
"Sukanya aku! Ini semuanya kerja aku.
"Si celaka ni bodoh!," katanya sambil tertawa kepuasan.
Sementara itu, penulis cuba mencari kesahihan dan maklumat sisi menerusi komentar yang dilemparkan netizen, namun sudut komennya telah ditutup oleh pihak admin atas sebab-sebab tertentu.
Hayatilah firman Allah berkaitan iblis dan syaitan berikutan penyingkirannya dari syurga.
Surah al-Araf ayat 16 hingga 17 :
"Kerana engkau telah menghukumku tersesat, maka saya akan benar-benar halang-menghalangi mereka dari mendekati jalan-Mu yang lurus, kemudian saya akan mendatanginya dari muka, belakang kiri dan kanan mereka.
"Dan engkau akan mendapati dari kalangan mereka tidak bersyukur. Sesungguhnya aku taat pada Allah yang satu, tetapi tidak pada iblis laknatullah!" - KitaReporters