GEGAR Vaganza 8 (GV8) minggu 6 memerlukan peserta menyanyi secara duet. Namun masalahnya beberapa peserta tidak faham cara menyanyi secara duet dengan baik menyebabkan markah mereka dipotong.
Itu pendapat Ketua Juri, Datuk Ramli MS kepada media selepas pertandingan pada Ahad, 26 Disember 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan menyanyi
Pujian para juri diberikan kepada Suki Low yang mampu menyampai dengan baik lagu ‘Tiga Malam Tanpa Bintang’. Menurut juri, Datuk Shafinaz Selamat, pasangan duet Khai Bahar membantu Suki meningkatkan persembahannya.
Seorang lagi juri, Hetty Koes Endang turut memuji vokal Suki dan memberi tepukan berdiri.
Aliff Aziz yang ketinggalan agak jauh minggu sebelumnya kembali menonjol dan berjaya menduduki tempat setelah menyampai dengan baik lagu ‘Belenggu Rindu’ berduet dengan Iman Troye.
Adibah Noor kembali menduduki tempat ke-3, berduet dengan Ali Sariah Masdo menyampaikan lagu ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ secara bersahaja tapi menghiburkan. Minggu lepas Adibah menduduki tempat ke-6.
Aweera masih mampu mengekallkan prestasinya dengan menduduki tempat ke-4, berduet dengan Azmi Saat (Caliph Buskers) menyampaikan lagu ‘Setahun Sudah Berlalu’.
Penurunan persembahan dialami Nikki Palikat. Nikki yang berduet dengan Syameel menyampaikan lagu ‘Gurindam Jiwa’ . Nikki kali ini hanya menduduki tempat ke-6. Nikki kalah kepada Shidee yang mampu menduduki tempat ke-5.
/
Beberapa peserta lain tidak memahami cara nyanyian duet dengan baik, menyebabkan banyak markah dipotong.
Ia menyebabkan Ani Mahyuni, Azan Scan, kumpulan Sa.Ya (Apek Saiful & Yassin Senario), Bandi Amuk dan Upiak Isil berada dalam senarai di bawah.
Bandi Amuk terselamat daripada penyingkiran setelah menerima lebih 0.1 markah berbanding Upiak Isil yang terpaksa mengucap selamat tinggal. - KitaReporters
Berikut ialah senarai kedudukan peserta GV8 minggu 6:
01 Suki Low 83.7
02 Aliff Aziz 76.2
03 Adibah Noor 71.9
04 Aweera 68.9
05 Shidee 64
06 Nikki Palikat 62.5
07 Ani Maiyuni 61.8
08 Azan Scan 61.2
09 Kump. Sa.Ya 60.9
10 Bandi Amuk 56.4
11 Upiak Isil 56.3