SERING KALI kita mendengar banyak kemalangan melibatkan penunggang motosikal. Apa tidaknya penunggang motosikal merupakan golongan paling terdedah keoada risiko kemalangan jalan raya. Malah, golongan penunggang juga mencatatkan bilangan kematian yang paling tinggi berbanding pengguna jalan raya yang lain, walaupun jalan raya di negara kita antara jalan raya yang terbaik di dunia! : KitaReporters
Baru-baru tular dalam media sosial mengenai gelagat seorang pemuda dipercayai dari Gurun, Kedah yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.
Apa tidaknya kelihatan pemuda dalam lingkungan 30-an itu menunggang motosikalnya dalam keadaan ke tengah dan ke tepi, ke tengah ke tepi, sekali gus dilihat membahayakan pengguna lain yang menggunakan laluan berkenaan.
Tindakan berbahaya pemuda berkenaan dirakam oleh pasangan suami isteri yang melalui perjalanan sama sebelum dimuat naik oleh pengguna Twitter @hak_imm.
Video berkenaan menjadi tular dialam Twitter sehingga disaksikan hampir 500,000 netizen.
MEMBAHAYAKAN diri dan menunggang dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum terjatuh di antara pembahagi jalan. Foto kredit; twitter@hak_imm
Gelagat pemuda tersebut sangat merbahayakan kepada
penunggang lain apabila dilihat terhuyung–hayang menunggang motosikal dalam
keadaan kiri dan kanan jalan.
Bahaya betul cara mamat ni bawa motor!!
Sekali pandang seperti dalam keadaan lalok selepas menghisap gam. Namun tiada kepastian mengenai aktiviti berkenaan.
Walaupun dalam keadaan terhuyung-hayang dia tetap menunggang dalam keadaan laju.
Lebih menakutkan pemuda yang memakai baju-T kuning itu dilihat turut melanggar lampu isyarat dan meneruskan perjalanannya tanpa rasa bersalah.
Bahaya betul!!! Nasib baik tiada kereta laju kalau
tidak habisla ko!.
Namun tidak sampai beberapa minit, pemuda tersebut
dilihat terbabas di pembahagi jalan sebelum ‘tumbang’ di tempat berkenaan.
TERSADAI di pembahagi jalan selepas menunggang dalam keadaan pelik dan berbahaya.
Wow.. baik punya landing ni!
Namun penunggang berkenaan bernasib baik tidak
melanggar tiang lampu atau sesuatu yang berbahaya sebaliknya hanya luka kecil.
Dia kelihatan terbaring di pembahagi jalan seolah-olah
kepenatan.
Jangan penat sebab buat aktiviti yang tidak bermanfaat
sudah la!.
Peliknya ketika pemuda terbaring antara pembahagi
jalan, motosikal kelihatan tegak menyerupai diparkir di kawasan berkenaan.
Nasib baik motosikal itu tidak memhempap tuannya jika tidak masalah lebih besar akan terjadi.
Syukur semua selamat dan tiada kecederaan serius berlaku. - KitaReporters