Seni & Sukan 24 Jul, 2020

Nak kaya kena rajin! Chong Wei nafi anjur skim cepat kaya!!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

BEKAS pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berkongsi gambar tangkap layar keratan akhbar dalam Instagram yang memaparkan kisahnya terlibat dengan satu skim pelaburan. Agak terkejut dengan berita tersebut, Chong Wei tampil menjelaskan berita tersebut adalah palsu agar orang ramai tidak terpedaya dengan taktik sindiket atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan namanya. : KitaReporters 


Chong Wei menafikan dirinya terlibat dengan skim pelaburan.


“Baru baru ini, saya mendapat khabar angin yang saya mengelolakan pelaburan ajaib yang boleh menjadikan seseorang jutawan dalam masa tiga bulan. Saya mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa berita ini adalah palsu dan tidak benar,” tulisnya dalam tiga bahasa.


Sebagai figura umum, Chong Wei sempat memberi nasihat kepada orang ramai agar jangan sesekali mengambil jalan pintas untuk kaya.

Malah, beliau juga sempat berpesan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu agar berhenti daripada melakukan jenayah tersebut.

“Nak kaya, kenalah rajin, kenalah bijak. Jangan ambil jalan pintas. Terutama dalam masa yang penuh liku-liku kemerosotan ekonomi ini, jangan mudah terbuai atas kata-kata manis yang tidak munasabah.

“Kepada yang ambil kesempatan menipu duit orang awam, saya berharap anda berhenti. 

"Jangan satu hari, anak atau cucu anda yang jadi mangsa atas kedurjanaan anda. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,” tulisnya.

Ada sahaja idea pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama orang popular untuk mengaut keuntungan, sekali gus menipu orang awam.

Betul cakap Lee Chong Wei, nak kaya kena rajin dan bijak. 

Kekayaaan itu tidajk datang bergolek di hadapan mata melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya. - KitaReporters

0
0
0
1
0
You will be interested