.
Lisa anggota kumpulan Blackpink paling popular. - Kredit foto: IG lisa Blackpink
BINTANG pop Korea Selatan, Lisa Blackpink mencipta dua Guinness World Records (GWR) dengan lagu solonya.
Guinness World Records pada 8 Oktober 2021 mengumumkan secara rasmi bahawa dua rekod dipecahkan oleh lagu solo Lisa ‘Lalisa’.
‘Lalisa’ memecahkan rekod dunia untuk video muzik YouTube artis solo yang paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam.
Video muzik (MV) untuk ‘Lalisa’ memperolehi 73.6 juta penonton dalam tempoh 24 jam pertama.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan BlackPink
Kumpulan Blackpink... Dari kiri Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo. - Kredit foto: IG Blackpink
Angka ini memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh lagu hit Taylor Swift feat Brendon Urie dari Panic! At The Disco, ‘Me!’ (2019), dengan 65.2 juta penonton.
‘Lalisa’ juga memecahkan rekod untuk video muzik YouTube artis solo K-pop yang paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam.
Pencapaian ini mengalahkan rekod sebelumnya dengan 41.6 juta penonton yang dipegang oleh lagu solo rakan satu kumpulannya, Rosé, berjudul ‘On The Ground’.
“Kejayaan Blackpink baru-baru ini juga bererti kumpulan ini masuk dalam buku ‘Guinness World Records 2022’ dalam bahagian media sosial," kata jurucakap Guinness World Records.
Lisa merupakan anggota Blackpink paling menonjol. - KitaReporters
Tags: